tuan tanah~~

tuan tanah~~
p/s dr tuan tanah: Jangan cemari tempat ini dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya..AMARAN KERAS!

What for eh?

Blog ini saya samakan seperti ruang untuk berkongsi tentang hati. Harap tiada sesiapa akan terasa hati.Take everything that i scratch here as a simple. Judge is unneeded here! Kalau terasa apa-apa dekat sini take it as own risk..

yang rajin menjenguk

V.I.P in my heart

V.I.P in my heart

Gula hati, mengajar senyum

Gula hati, mengajar senyum

Monday, February 20, 2012

result dah keluar, so sem 2 pun dah mula

First of fall... alhamdulillah dgn keputusan yang aku dapat untuk sem satu... xda yang gagal semua nya lulus...pointer yang dapat pun bersesuaian dengan usaha so aku terima dgn hati yang terbuka and happy with that... mengapa nak di tangisi mengapa nak di sesali lagi dengan keputusan yang dah pun keluar yang tak mungkin dapat di ubah,hakikatnya dah itu lah yang dah di takdirkan..terima je la.... jangan berputus asa..bangkit kembali pada sem mendatang..lakukan lebih baik....jadikan result sem satu sebagai motivasi menaikkan semangat dan meningkatkan potensi dalam pelajaran, jangan nak jadi bodoh sombong..rasa diri hebat sehingga result yang cukup-ckup makan itu pun nak di bangga dan di anggap cemerlang...impian dan target nak tinggi tapi usaha nya atas angin sahaja..mulut huhahuha macam diri hebat,ketawa kan kelebihan orang lain...tak mungkin ke mana....betulkan niat dan nawaitu tu balik..jangan sibuk nak jadi orang lain,nak buat apa orang lain buat kalau diri sendiri pun masih terwang-awang....

Semestar dua bermula hari ini dengan kelas komunikasi, prof yang boleh di katakan tegas...insyAllah ketegasan nya akan memberikan kecemerlangan buat students. Sem yang baru bermula pasti di penuhi dengan semangat berkobar-kobar,azam yang tinggi, perubahan yang drastik...semoga ia berkekalan hingga ke akhir sem...bukan omong kosong yang hanya suam-suam kuku saja...

Menanam hasrat untuk sem dua membersih hati,fikiran,jiwa,perasaan,niat dan nawaitu. Belajar mengenali diri sendiri dan tak perlu jadi orang lain, berfikiran positif walau banyak dugaan mendatang, melakukan segala tanggujawab dengan penuh keikhlasan, belajar kerana Allah dan gembirakan hati mak dan abah...bukan sibuk nak senang kan hati sendiri kerana hanya nak memenuhi tuntutan dunia semata-mata..

Tak salah ingin membuat sebuah perubahan tapi bukan berubah menjadi diri sendiri atau menjadi streotaip orang lain tapi jadilah diri sendiri..setiap yang Allah ciptakan semuanya mempunyai keistimewaannya. Kalau orng lain nak tonjolkan keistimewaannya kita sokong bukan menunjukkan penyakit hati (dengki)  yang tak sudah-sudah itu..

Jadi apa yang terbaik jadi diri sendiri itukan adalah lebih baik dari menjadi orang lain yang akhirnya membuahkan kebencian dari orang lain.....

Salam usm semestar dua...belajar untuk lulus....:)

Wednesday, February 15, 2012

Apa yang perlu di debarkan sangat???

berdebar sebab result nak keluar? takut gagal?
kenapa nak takut, kalau gagal pun boleh ke nak patah balik..
menangislah keluar air mata darah sekalipun, tiada apa yang akan berubah..
letakkan setiap perkara yang terjadi ada sebab dah hikmahnya..
mungkin kegagalan itu mengajar kita untuk lebih sabar,tabah,berusaha dan jangan cepat berputus asa.
kegagalan itu juga mungkin membawa perubahan dalam diri kita
membuat dan memotivasikan diri untuk lebih menjadi seorang dewasa..
umur 21 tahun bagi aku sepatutnya kita sudah perlu menjadi benar-benar matang.
tak semestinya gagal sekali gagal untuk selamanya
tak semestinya tak masuk U ni gagal
saya tak suka orang yang berfikiran begitu, sangat cetek cara pemikiran seperti itu...
bagi saya,lagi bangga kan orang tu tetap berjaya walaupun tak belajar tinngi...
apa apa pun xsabar nak tengok pointer sem satu.....

Saturday, February 11, 2012

Kuch kuch ho tai..

Petang tadi layan cerita hindustan lakonan Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukhije. Cerita hindustan yang boleh di katakan lama juga lah. Sebab aku ingat lagi cerita tu aku tengok masa pertama kali masa aku kecik lagi tak silap aku tahun 1998 aku time tu baru berumur 8 tahun. Aku time tu tengok cerita hindustan sebab ayah aku pun suka tengok hindustan. Time tu cerita hindustan semua best,lagu dia pun memberi impak juga la. Tapi hindustan sekarang, langsung fail. Harap kan pelakon perempuan seksi je.

Cerita Kuch kuch Ho tai ni aku tengok dah banyak kali tapi tak pernah puas and rasa boring, sangat best n interesting jalan cerita dia. aku suka watak Kajol as Anjali. Sedih kot bila time anjali nak bawa diri sebab cinta pertama dia di tolak. Mula-mula agak marah lah dengan Tina, Tp sebenarnya bila fikirkan balik Tina tak salah cinta memang tak boleh nak di paksa tapi cinta juga tak boleh di tolak kalau dah di tentukan dia tu jodoh kita.  Credit to Shah rukh khan lakonan yang mantap, i like... Lagi satu perkara tentang cerita hindustan yang aku suka pelakon lelaki dia pun senang and mudah menangis.

Lagu-lagu dalam cerita ni semua best and ada aura,tadi baru dengar balik kat youtube.hihihi..layan habis. sambil dengar teringat2 balik cerita tu. And rasa sebak kot.  kemunculan salman khan sebenarnya walaupun pelakon pembantu tapi memberi kuasa yang besar. Aku suka beli dia menari and menyanyi dengan anjali so sweet. Credit to Salman Khan.

kat tempat aku belajar pun tak sangka aku ada geng yang minat hindustan nie. haha.. dorg lagi fanatik kot....hahaha... apa apa pon jom layan balik skrip yang agak mencuit hati dalam cerita tu:

Anjali Sharma: I love you?
Rahul Khanna: Yes, I love you!
Anjali Sharma: You couldn't do that much?
Rahul Khanna: No, unfortunatly I couldn't
Anjali Sharma: Thats a shame. We could have won.


[Young Anjali has just met her namesake]
Anjali Sharma: What's your name?
Anjali Khanna: Anjali.
Anjali Sharma: Hey, that's my name too! Hi!
Anjali Khanna: Why is your name "Anjali"?
Anjali Sharma: Um... perhaps my mother and father liked the name. Why is your name "Anjali"?
Anjali Khanna: Perhaps my mother and father liked you.


[On "The Neelam Show," the subject is love messages]
Neelam the VJ: And his message is for...
Rahul Khanna: For Anjali. I love you, Anjali.
[a shocked Anjali Sharma turns around to see Rahul on the TV]
Rahul Khanna: I love you very much. Why have you left me and gone? You know I feel lost without you. Come back or else... Just come back. I really love you, and I miss you very much. Please come back.
Neelam the VJ: Who is Anjali?
Rahul Khanna: She's my 8-year-old daughter.
[Anjali looks back at the TV, even more shocked]
Rahul Khanna: She's gone to some camp in Shimla. Hey, Neelam, can you tell her to come back? She'll listen to you.
Neelam the VJ: Uh huh. Anjali, Papa really loves you. Come back soon. He misses you. Come back home. Okay?
[Anjali runs to where Young Anjali is sleeping and looks at the picture. She sees that Young Anjali's mother is Tina. She holds the picture close to her and cries]



actually banyak lagi tap nie la yang paling menarik.

Kuch Kuch Hota Hai Poster





kuch kuch ho tai, sapenei nei janei ja sapanei mae rai.....

Sunday, February 5, 2012

kini ku fahami maksud CANTIK



cantik.. bila sebut pasal cantik ada yg melihat kecantikkan hanya pada luaran,ada yang lihat pada cara seseorang itu berpakaian or dress up... jarang amt jarang yg menilai cantik itu dari hati nurani seseorang individu tu...

ye dulu aku mengaku aku juga salah sorg dari org2 itu, bg aku cantik itu hanya pada muka putih.bersih.yg tiada cela...bg aku itu cantik..tapi kini bg aku CANTIK adalah bermula dari hati akan terserlah pada raut wajah seseorng itu walaupun org tu hitam ke berjerawat ke or so on...

hati yg penuh dgn keikhlasan.ketulusan,keimanan..itulah cantik sebenar... bg aku bila kita selalu bersikap positif,  menurut perintahNya cara tersendiri kecantikkan yg datang dari hati itu akan terserlah sendiri..

sebenarnya cantik yg sebenar2 nya cantik dan cantik kerana mekap mmg dapat di bezakan... pendapat aku sendiri kecantikkan asli adalah apabila kita melihat seseorang itu kita dapat lihat air mukanya yang yang bersinar,tenang walaupun tanpa mekap,beza dengan mereka yang  mekap tebal2 yang cantik nya tiada cahaya yang bergermelapan pada raut wajah itu...

jadi bermula dari saat ini bila org tanya apa definisi cantik, aku akan jawab kecantikkan adalah datang dari hati dan akan bersinar pada wajah walaupon tanpa secalit mekap....

nak jadi cantik sgt mudah....sentiasa lah SENYUM... kerana dengan tersenyum kita kan jadi cantik dengan mudah....



Allah jadikan setiap kejadian itu ada sebab dan musabab nya... oleh itu kita perlulah bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan kpada kita... jangan la asyik nak merengek nak jadi cantik... nnti perspektif org pada awk akan anggap awk tu tak reti nak bersyukur... (peringatan pada diri sendiri juga)

aku paling tak suka org yang hanya berkawan dan berbuat baik dengan org2 yang cantik je... bagi aku org macam tu sgtlah pesimis,hidup dia sgt membosan kan...

lagi satu bnda yg aku rasa ngeee...tak salah nak jadi cantik tpi xperlu la kot nak tepek foundation,bb cream dan yg sama waktu dgnnya siang mlm pg ptg even nak pergi mkn mlm je kot...huhuhu... kesian la muka tu dia pon nak bernafas juga....:)


cantik luar cantik dalam biarlah seimbang kedua2 nya...