tuan tanah~~

tuan tanah~~
p/s dr tuan tanah: Jangan cemari tempat ini dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya..AMARAN KERAS!

What for eh?

Blog ini saya samakan seperti ruang untuk berkongsi tentang hati. Harap tiada sesiapa akan terasa hati.Take everything that i scratch here as a simple. Judge is unneeded here! Kalau terasa apa-apa dekat sini take it as own risk..

yang rajin menjenguk

V.I.P in my heart

V.I.P in my heart

Gula hati, mengajar senyum

Gula hati, mengajar senyum

Thursday, December 27, 2012

Picture of the month (1)..

Assalammualaikum,

Dalam kesuntukkan masa yang ada ni, tak ada banyak aku nak menulis... cuma aku nak kongsi satu gambar.. Gambar yang sangat menyentuh hati, yang membawa makna. Banyak kali aku tengok gambar ini. Gambar ini sangat magis.. Tak caya? scroll down la derrr...


Nak lagi magis? Korang tengok dalam-dalam ke dalam mata anak kecil itu... 
(aku dah tak sanggup nak tatap)





#lepas ini every month aku akan kongsi satu gambar yang aku rasa patut dikongsi. heee,kbai

Sunday, December 23, 2012

Study Week diganggu vs stress

Assalammualaikum, Ah lan wah salan..

Sekarang sudahpun masuk study week... sebelum exam menjelmakan diri.. study week adalah minggu-minggu yang boleh dianggap tekanan.. kalau jumpa member-member muka semua stress.. stress study la kot kalau strees benda lain tu tak tahu la pulak..hee.

study week pada aku memang stress pun! lebih-lebih aku yang gemar bebenor study last minute ni.. nanti jerawat pun berlumba-lumba lah mai...tambah lagi stress aku! hee..

aku ni bukan la antara golongan bijak, tak study pun boleh dean list, so nak taknak kena la study.. study pun belum tentu dean list... tapi aku bersyukur je setiap apa yang Allah dah tentukan untuk aku... heee.. setiap kali dapat result tu mula-mula memang la kadang-kadang tak boleh terima kenyataan tapi lepas 5 minit tu, aku dah ok! mungkin Allah tu ada aturan lain untuk aku dan mungkin usaha aku tak cukup lagi.. Positif !

Study week ni memang ramai penghuni-penghuni desasiswa (asrama)  ni balik, roomate aku pun dah balik petang tadi.. so tinggal lah aku keseorangan dalam bilik tu.. nak jadikan cerita, lepas je solat maghrib, pukul 8 tu aku tidur lah.. tapi aku rasa macam diganggu.. aku rasa macam ada benda yang himpap aku.. aku rasa lama juga aku rasa macam tu, aku baca ayat kerusi, aku cuba azan dalam hati.. tapi macam susah juga nak lepas.. aku cuba menjerit tapi tak terkeluar suara aku, aku cuba bukak mata tapi aku nampak semua benda terawang-awangan.. Ya Allah, aku tak tahu nak buat apa time tu, aku terus membaca ayat kursi banyak kali aku paksa diri cuba bangun dan akhirnya aku mampu bangun, aku terus pergi bilik kawan aku dalam keadaan kepala aku yang sangat sakit,mata yang berpinar ,yang berdekatan dah berpindah tidur dibilik dia. Aku cerita kat dia apa yang aku alami tadi, aku tanya dia itu mimpi ke apa, dia cakap betul la aku kena himpap...Sebab dia pun penah rasa macam tu katanya. Aku sambung tidur kat bilik dia..lena tanpa sebarang gangguan.. Sebenarnya dalam minggu ni sahaja tak silap aku dah 3 kali aku kena macam tu, semalam pun sama, tapi sekejap aje. Semalam lepas subuh, aku baru tidur, letak kepala tak sampai 15 minit aku terus rasa kena hempap, tapi lepas aku baca ayat kursi dia terus hilang. hurmmm..Bila aku cerita kat roomate aku dia kata aku stress, sebab tu lah aku pun ingat aku stress.. tapi takkan la aku ni stress sebab aku ni study pun tak ada la lama sangat, banyak tengok movie ada lah.. Adam Hawa lagi..hee.

Entah lah, sebenarnya aku malas nak fikir sangat benda-benda tu semua. Mungkin perasaan aku je kot. Nanti menganggu konsetrasi aku nak exam, so aku cuma mengingatkan diri supaya sentiasa dekatkan diri denganNya. In shaa Allah, semua akan ok. tapi aku harap tu semua mainan tidur atau tak memberi apa-apa kesan.

Last but not least, happy study week.. semoga percapaian meningkat sem ni.. sebab pointer sem ni penting nak mintak intership untuk sem depan..heee, end with love...



Thursday, December 20, 2012

Ku mohon sampai ke Jannah..

Assalammualaikum, aloha..

Mood terlebih rajin meng-update blog menjadi-jadi time nak exam ni haa... sangat mengada! 

Semalam dok golek-golek sebelum tidur, dapat lah idea nak tulis apa untuk blog. Merujuk pada tajuk post kome rasa pasal apa? hee (ckp peghok plak teman) hee...  nope! nope! it's not about loving couple story..euwww.. heee, it's about FRIENDSHIPS.

Aku bukan la anti couple-couple ni, cuma aku ntah tak minat nak cakap pasal semua tu. Back to the topic, aku nak cakap tentang dua orang sahabat yang paling aku sayang! sahabat yang  satu kepala dengan aku.. (miss them so so much). 

yang pertama tu aku panggil dia UN..(nama manja yaww) hee.. meh usha-usha dia kat sini  Dye Nurul, aku dgn dia dari tadika lagi sekolah sama, memandangkan kami duduk di kawasan perumahan yang sama, actually sama blok pun. naik sekolah rendah until sekolah menengah we are belong together.. cewahhhh... tapi aku mula rapat dengan dia masa tingkatan dua. rapat sebab kawan atas kawan.  akhirnya kami disatukan menjadi sahabat sehingga la saat ini, dulu dia ni pengawas, tp aku ni pelajar biasa-biasa je..hee, kami pun tak pernah kelas sama, cuma ada lah subjek yang cantum kelas tu kami satu kelas lah, tapi kami rapat. dulu zaman sekolah dulu-dulu yang semakin mengeratkan hubungan kami, sebab kami ni jenis dua-dua suka menghafal lirik lagu, dia selalu benor printkan lirik lagu untuk aku. dan dia plak suka karok, suara sedap  yaww..hee, dialah yang selalu teman aku pergi mana-mana sampai sekarang pun! satu lagi persamaan kitaorang kami suka pergi pasar malam.. hahaha, sampai sekarang pun aku suka pergi pasar malam, aku tak mampu nak pavilion sangat..hee.. dia anak bongsu, tapi serius dia tak manja! dia sangat-sangat independent! dialah satu-satunya anak bongsu yang aku rasa tak manja aku kenal. yang paling penting dia ada hati yang baik, tak berkira, sahabat yang kuat, aku tak pernah tengok air mata dia mengalir walaupun aku tahu dia ada masalah, pertama dan terakhir aku lihat airmata dia pun masa pemergian ayahandanya. (i want cry now!) see, how strong her is.. sedekah kan al-fatihah untuk arwah, lepas kejadian itu aku lihat dia semakin kuat semakin matang, dan aku semakin sayang dia! She is my only friend that i never ever forget it.. she is the only awesome friends that came into my life, and stay beside me until now! Ya, Allah ku mohon persahabatan dan jalinan ini sehingga ke Jannah, aku sayang kau Un kerana Allah..

Next is about our newbestie..sebenarnya tak adalah baru, cuma kami baru rapat.. it's Alyn..nak tengok ke? meh ni haaa Mek Lyn. Alyn ni pula kawan aku dan Un masa sekolah menengah. Aku rapat dengan Alyn ni sebab kitaorang selalu kelas sama. tapi masa zaman sekolah tu rapat-rapat macam itu ajelah. tapi nak dekat akhir-akhir tingkatan 5 tulah kami agak rapat sebenar-benarnya. (boleh plak macam tu) haha, whatever. hee.. lepas habis sekolah tu, kitaorang lost contact, nak dekat 2 tahun jugak la, sebab aku pergi sambung belajar kat kelantan kan, bila aku dah balik KL dan bekerja tulah baru lah kitaorang rapat balik. Sejak dia contact aku ajak lepak tu, sampai sekarang kitaorang bertiga jadi rapat. si Alyn ni jenis sempoi je, sukahati dia je nak buat apa-apa,haha, dia suka mengajar aku buat benda pelik-pelik..hahaha, aku pun memang suka melayan, so now Un dengan dia pun dah rapat. so now is we are triple bestie...

Semakin hari our friendship semakin awesome, to be honest aku sayangkan mereka, dan tak nak kehilangan mereka, harap bila suatu masa Allah menguji kami kuat,tabah mempertahan ikatan persahabatan ini. :)  Dan juga selalu berdoa semoga ikatan ini kekal hingga ke Jannah. Ameen.

Mesti kembang kepis hidung depa aku puji-puji depa dalam blog ni..hahaha.

"nilai persahabatan sebenarnya" (abaikan perempuan berskirt tu)

Last but not least, bukan bermkna sahabat-sahabat aku yang lain tu tak awesome, tapi setiap orang pun ada keistimewaan masing-masing. Tak lupa kawan-kawan yang baik, yang sangat hebat iaitu WanieMoon, mereka pun sahabat yang sangat baik. walaupun kita dah tak rapat tapi we still remember each other. Aku faham kita masing-masing busy dengan study masing. aku pun sayang korang tau. hee


end with love!






habuk dah tebai..

Assalammualaikum,pagi yang indah.. jam sekarang menunjukkan 2.38 pg..

Yeahh, i still wake up.. kononnya nak study memandang exam final sem 3 ni lagi dua minggu saja lagi. Tapi dah ke laut dah ni. Bad habit! time nak study ni la sibuk hati ni meronta-ronta suruh update blog la, suruh tweeter bagai la...hati,hati..ko tak tahu ke tuan ang ni nak exam? hee (hati plak dipersalahkan).

Nak cerita pasai apa eh? Ohh..yaa, aku tak update langsungkan perkembangan hidup sem tiga ni, (nampak tak sebenar-benar busy?) hahaha.. padahal malas menaip. hee

Sem tiga dah sampai penghujung pun you all! ni haa sekarang tengah exam mood. aku just buat rumusan je lah ye tentang keseluruhan perjalanan hidup sem tiga ni.. Ermm.. first thing is aku nak bagitahu sem tiga sangat, sangat, sangat berlainan. Sem 3 ni telah memberi seribu pengajaran dalam setiap perkara yang aku lakukan. Semua nya memberi seribu erti. Sem tiga banyak ajar aku untuk terus memperbaiki hidup,mematangkan dan the ever ever pengalaman yang sangat terkesan dalam diri aku. jujur aku katakan banyak perubahan berlaku dalam hidup ini. ya perubahan sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit,eh?

Next topik is about blogger terkenal Maria Elena http://peliks.blogspot.com/ , go to the address to see her. She married!! dengan sapa lagi dengan Dato As nya lah. woww.. for me wedding dia boleh jadi wedding of the year. sangat-sangat awesome. And she look stunning with their wedding dress, OMG! and husband nya mcm biasa hemsem seperti biasa. heee.. serius aku menangis tengok video dorang yang Kisah kami tu.. is so loveling, romantic such as prince and princess.. btw Congratulation sista! semoga kekal hingga ke Jannah. tak sabar nak tengok baby korang pulak..heeee...

Last but not least, nak ckp apa eh (garu kepala), pengalaman adalah guru yang terbaik, pengalaman mematangkan, memories is forever. gambar kat bawah adalah hari di mana aku tak mungkin lupa dalam sem tiga. end with love.