tuan tanah~~

tuan tanah~~
p/s dr tuan tanah: Jangan cemari tempat ini dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya..AMARAN KERAS!

What for eh?

Blog ini saya samakan seperti ruang untuk berkongsi tentang hati. Harap tiada sesiapa akan terasa hati.Take everything that i scratch here as a simple. Judge is unneeded here! Kalau terasa apa-apa dekat sini take it as own risk..

yang rajin menjenguk

V.I.P in my heart

V.I.P in my heart

Gula hati, mengajar senyum

Gula hati, mengajar senyum

Friday, June 14, 2013

Saat Rapuh

Saat rapuh,
Aku berdiri lagi,
Mencuba untuk terus pergi,
Sekuat mana diri ini,
Walaupun luka di hati ini
Mengalir darahnya tanpa henti
Aku cuba terus meniti.

Saat rapuh,
Aku sedar siapa diri ini
Walaupun bukan insan disegani
Namun aku menongkah harus demi hidup ini
Biarpun keadaan sebegini
Aku nekad di sana nanti pasti ada pelangi.

Saat rapuh,
Semua menjauh pergi
Tiada sesiapa sudi menemani
Apatah lagi setia di sisi
Kian pudar makna insani
Apa dikejar hanya duniawi.

Saat rapuh,
Aku sendiri menggapai membela diri
Berserah kepada Illahi
Semoga Allah izinkan aku sekali lagi
Meneruskan perjuang hidup ini
Menyedarkan hati yang mati
Membela diri yang kerdil ini

Memulakan apa yang tetinggal kini.


Nukilan: Zararoz

Thursday, June 6, 2013

Unexpected plan: Slimming Sanctuary Experience Part 2

Hari yang agak mendebarkan tu pun tibalah, memandang ini pengalaman pertama, serius memang berdebar derr!

Pada mulanya bercadang nak buat sama-sama baru best.. tapi malangnya, Myra nak balik kampung jadi Myra buat temujanji lebih awal dari kitaorang. So, aku dan Nyna akan buat belah petang.

Selepas Myra selesai buat macam-macam benda aku tanya, semuanya soalan sensitif..hahaha.. Myra kata mula-mula memanglah malu tapi lama-lama akan okay dan rasa best sangat. Lebih-lebih lagi Beautician yang buat treatment tu sangat baik dan selalu cakap "tak apa, jangan malu, saya dah biasa" dengan pelat-pelat Cina depa la..

Maka, tibalah giliran aku dan Nyna pula nak buat treatment tu pukul 2 petang. Aku dah lega sikit lepas dengar Myra cakap macam itu dan lebih-lebih bagi buat berdua. Tup tup.. pergi nak dapatkan treatment tu, Nyna tak boleh buat pulak sebab Nyna sedang berhadas. So that, dengan rasa agak berat hati aku pun buatlah jugak treatment tu sorang-sorang..huhu

 Mula-mula staff kat slimming sanctuary tu akan ukur berat dan bagitahu apa masalah yang aku alami, maka menurut staff tersebut aku mengalami metabolisme yang tinggi yang menyebabkan berat badan aku tak ideal dengan tinggi aku, aku kena turunkan 11.5 kg (aku dah tergolong dalam obesiti) untuk dapatkan badan yang ideal, lebih kurang macam tulah penerangan dia, aku tak ambik port sangat sebab aku dok berdebar..hahaha...

Selesai bersama staff yang bagi penerangan tu maka datanglah beautician yang comel dan memerangkap orang yang akan melayan aku sampai tamat sesi treatment. Sangat sopan,lemah lembut dan baik.

Masuk sebuah bilik, aku diminta menukar pakaian dan memakai stuff yang disediakan,


macam ginilah bilik tu

Subhannallah, segan..segan..segan.. lepas itu dia buat ukuran, macam ukuran nak jahit baju tu... dah siap ukuran, berkemban semua, pertama aku akan mandi wap.


ni bilik wap tu

Makkk ai, panas bebenor.. mula-mula memang ok, lepas beberapa minit memang rasa macam nak keluar je.. tapi aku try jugak bertahan.  Tempat duduk tu dan dinding memang panas, tapi tak adalah sampai tahap melecur. Tempat duduk tu pun dia dah lapik dengan taula tebal, so okay aje duduk. 20 minit macam tu.

Disebabkan aku pening lepas keluar dari bilik wap itu maka dia suruh aku berehat sekejap dan minum air masak. Lepas dah rasa okay sikit, kami teruskan treatment seterusnya iaitu buat EMS (Electronic Muscle Stimulation). 

ini lah EMS tu


lebih kurang mcm ni keadaan


Buat EMS tu bagi aku sangat menggelikan.. terutama bila dia start bagi vibration kat perut.. treatment ini selama 30 minit, dia tinggalkan kita dengan pencahayaan yang suram dan muzik yang lembut, sepatutnya memang boleh lena, tapi disebabkan aku dah terlebih tidur maka aku dok berangan jelah.. hahaha

Selesai tu aku pindah bilik sebelah pula untuk treatment seterusnya adalah Body Contour Cream dan body rapping, lepas sapu cream tu badan kena balut dengan plastic, lepas tu kena baring atas hot blanket, rasanya dalam 30 minit jugak.. 

cam gini lah hot blanked tu tapi aku tak sarung muka


treatment inilah paling aku rasa agak menyeksa jiwa aku.. bayangkanlah tak boleh bergerak sangat sebab dah di balut.. Panasnya jangan cakaplah.. lepas dh cukup 30 minit tu beautician pun masuk balik dan cakap nak tambah lagi 5 minit tapi aku memang dah tak sanggup nak tanggung azab tu..hahaha..


Selesai jugak akhirnya sesi tersebut aku disuruh mandi... Lebih kurang dua jam jugaklah sesi tersebut. Selesai semua aku pun diajak berborak dan beramah tamah dengan beautician tu, dia bagitahu aku result.. okay dia kata ada penurunan, kalau aku sambung buat rawatan memang akan nampak hasil, aku kata nantilah aku fikirkan.. hehe.Perlukan RM3000 hoi nak buat treatment seterusnya tu.. satu sesi RM300. (nantilah aku kayo)..hehehe

Dalam ramah tamah tu memang terkeluar jugak bakat warwatan aku bila aku pulak dok tanya pasal latar belakang beautician tu, makk ai muda lagi baru 20 tahun, patutlah dok panggil aku kakak kakak kakak.. haha.. dia cakap pulak aku nampak matang macam orang dah bekerja. Pandai ambik hati sungguh...

Apa-apa pun ini adalah pengalaman yang tak dijangka.. Serius nanti kalau aku dah kaya aku memang nak pergi  lagi dapatkan rawatan kat Slimming Sanctuary ini..hahaha (berangan!). Terima Kasih Slimming Sanctuary kerana memberi peluang baru untuk saya mencuba..Arigato! 


end with love~~

Unexpected plan: Slimming Sanctuary Experience Part 1

Peace be upon you~~

Beberapa hari lepas aku telah mencuba satu benda yang sangat di luar jangkaan.. haha.. Ini semua gara-gara pengaruh Nyna and Myra. 

Masa busy-busy preparation dinner untuk Golden Night Communication, aku yang tak terlibat apa-apa ini dok sibuk ikut Nyna, Myra, Piqa and Wanie pergi beli barang-barang untuk dinner tersebutlah, kami decide untuk pergi QueenBay Mall, jalan-jalan cari barang, dan bermulah cerita, kami  terlalu depan beberapa gadis-gadis Cina yang cantik tengah separate flyer kepada orang ramai yang lalu lalang dekat situ, Jalan dah agak jauh dari tempat gadis-gadis Cina tu barulah aku baca the flyer, dan tiba-tiba terasa tertarik pula dengan promotion produk tu, sangat murah! (memanglah aku tertarikkan) huhu.. aku pun habaq kat Piqa, Piqa kata dia perasan  dah harga promotion tu tapi dia buat tak kisah je lah sebab dia tak interesting. 

Sementara tunggu Piqa and Wanie ke toilet, aku pun cakap-cakap dengan Nyna and Myra pasal benda tu, lalu dengan tanpa berfikir barangkali, selepas Piqa dan Wanie meneyelesaikan projek mereka, Nyna terus go back kepada gadis-gadis Cina yang bagi flyer tu untuk tanyakan lebih lanjut tentang promotion tu. 

Selepas diterangkan panjang lebar dan cuba-cuba memujuk kami akhirnya kami termasuk juga perangkap gadis-gadis Cina untuk mencuba, pada mulanya kami bersetuju  untuk bersetuju dengan promotion yang RM13 aje, 

for more detail korang google je website depa


memandang ini adalah penagalaman pertama kami, tapi disebabkan Nyna terlebih diperangkap dengan muka memujuknya mempengaruhi aku dengan Myra untuk jumpa promotion yang RM38 pula.. Disebabkan dan ditimbangkan balik harga tersebut memang berbaloi, maka dan Myra pun mengikut jejak langkah Nyna untuk terima promotion RM38 tu. (terlupa nak ambik gambarnya)

Setelah membuat bayaran semua akhirnya kami pun dan melibatkan diri dengan sesuatu yang diluar perangcangan di mana kami akan ke Slimming Sanctuary untuk mendapatkan rawatan dengan harga promotion RM38 tu.

bersambung di post seterusnya....


Wednesday, June 5, 2013

Let's being the better muslimah..:)

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


#Ingin menjadi lebih baik bukan bermakna nak tunjuk baik..:)

This is space for My Bestfriend























#Terima Kasih Allah kerana pertemukan aku dengan seorang sahabat yang sangat sempurna untukku. Sentiasa bersamaku dalam susah atau senang. Thank You My Bestie! Norul Shuadah Abu Talil for being my FANTASTIC friend until now. Syukran Jazilan. 





end with love~~

Girl feel~~






















#Dear,crush sila terasa!

Monday, June 3, 2013

Normal tapi LUAR BIASA

Assalammualaikum..

Berlegar-legar di kotak fikiran untuk menggarap tentang suatu perkara yang ye perkara yang normal tapi tanpa kita sedar ia luar biasa...

Perkara yang normal tapi luar biasa ini memang dah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat hari ini. Masyarakat sekeliling aku terutamanya! Nauzubillahminzalik! Malah dalam dunia yang kian malap ini.

Tertanya-tanya luar biasa betul manusia hari ini kerana mampu melakukan benda ini! Susahlah aku nak explain kenapa aku rasa ia luar biasa, hahah.

Sebenarnya yang luar biasa tu apabila wujud dan bertambah-tambah konco-konco golongan mereka yang SUKA JAGA KAIN ORANG,SEDANGKAN KAIN SENDIRI TERTINGGAL DEKAT BELAKANG!!! (maaf ter'CAPS LOCK',tertulis guna emosi, maafkan saya). -______________-



Dah lah menyibuk tentang hal orang, kalau meyibuk boleh membantu mana yang kurang tak apalah, ini TIDAK, membantu menyebarkan lagi keburukan orang ada lah, Nauzubillahminzalik. 



Sejujurnya, aku memang tidak boleh nak hadap golongan-golongan ini. Tetapi sebaiklah kesabaran aku masih berada pada tahap memuaskan. Semoga tahap kesabaran dan keimanan terus tetap utuh dalam diri ini untuk hadapi mereka yang sebegini rupa.

Ustaz Azhar Idrus ada pesanan boh!:



Ok la kalau dah tak ada benda sangat nak buat, dan hati tu rasa meluap-luap juga nak take care tentang orang lain, apa kata kalau korang ambik air sembahyang, solat dan bertawakal, InsyaAllah perasaan tu akan hilang. Sila cuba ianya sangat mujarab, aku sendiri pun sedang mengaplikasi cara yang sama. Ohhh! bukan nak tunjuk baik tapi sebagai orang yang berstatus mempunyai agama ISLAM ini adalah langkah tebaik. Islam pun melarang kita berbuat perkara maksiat begini, maka apa kata kalau kita mencuba untuk berubah, sekurang-kurang dapat juga pahala mencuba tu ye dak? 




#lepas habis baca post ini, nak kutuk-kutuk aku pulak ye? haaa.. copek-copek la pergi ambik wuduk nuh, kawan kat blah kiri dok mencatat nuh! end with love~~


Lyric song of Diantara Bintang by Hello Band

Entah kenapa, meronta-ronta jiwa suruh meng'post' ini lirik disini. Jadi aku layankan aje! Lagu ini memang jiwa gaban, tengah-tengah emosi yang tidak tenteram ni memang lagu ini lah aku dok ulang dengar sampai lebam..ouchh! Btw, lagu ini bukan untuk pakwi makwi je ok.. Lagu ini inginku tujukan buat Bonda tercinta..


Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Ya cuma kamu dan hanya kamu yang selalu ada untukku
Dan paling mengerti aku



#Lagu ini macam masuk dengan jiwa aku. cehcehceh, yang ado..kbai, end with love~~