tuan tanah~~

tuan tanah~~
p/s dr tuan tanah: Jangan cemari tempat ini dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya..AMARAN KERAS!

What for eh?

Blog ini saya samakan seperti ruang untuk berkongsi tentang hati. Harap tiada sesiapa akan terasa hati.Take everything that i scratch here as a simple. Judge is unneeded here! Kalau terasa apa-apa dekat sini take it as own risk..

yang rajin menjenguk

V.I.P in my heart

V.I.P in my heart

Gula hati, mengajar senyum

Gula hati, mengajar senyum

Friday, May 31, 2013

Crazy feeling!

i'm not feel good with this feeling right now!
arghhhhh.. it disturb me by the time past on..
i don't know what should i act like..
but this feeling is so annoying me, enough!

Argghhh, please someone,something or anything
TELL ME! what should i gonna do?
wahhh, really annoy me!

this feeling, why you should in me
arghhhh, shame you disturb me!
arggghh.. i dont know what to write anymore!

what's wrong?
i don't know, it's wrong or what..
but this feeling!

Thursday, May 30, 2013

Teringatkan arwah Ayien..

Sekarang pukui 2.41 pagi.. tak boleh tido, biasalah minggu dah habis kelas.. memang jadi burung hantu la aku ni. Tengah-tengah feeling cerita korea "Coffee Prince" tiba-tiba rasa boring pulak sebab jalan cerita agak  lembab...hehe.. so,aku pause lah sekejap cerita tu dan jari pun menuju ke butang google chrome nak tengok apa-apa yang patut, maka terlintas di fikiran nak tahu tentang perkembangan artis kat Malaysia ni, so aku pun meng'google'lah blog "Oh Artis"-http://ohartis.com. Bukan pasal artis je kot..

Baca punya baca, macam-macam kisah, sampailah  aku terberhenti pada cerita tentang kemalangan seorang remja lelaki kat Federal Highway bulan 4 hari tu. Aku pun baca lah artikel tu sampai habis. Mangsa kemalangan tu namanya Syahmie Farid Izzat, arwah meninggal sewaktu menunggang "Si Gemok"nya (motor arwah). Habis baca hati terus sentap, nak nangis. Sebab cerita arwah ni sebenarnya mengingatkan aku pada seorang sahabat yang juga menerima nasib yang sama dengan arwah. Tapi kawan/ aku ini pergi dulu sebelum arwah cuma kisah dia hampir sama.

Aku dengan arwah kawan aku tu tidaklah rapat sangat, lebih-lebih lagi kami baru kenal antara satu sama lain dalam 3 bulan macam tu, dia jadi kawan aku sebab kawan atas kawan la ni. kira kawan aku punya kawan. (Faham-faham sendiri je la, malas nak expalin)..hehe. Tapi walaupun kitaorang ni kawan 3 bulan je tapi arwah seorang yang pandai ambik hati, so bila lepak sama-sama tak rasa macam baru kenal pun.

First time kenal arwah waktu tu dia ajak member aku yang kenal dia tu main golf, so that member aku tu pulak ajak aku teman. So, bermula hari tulah kiatorang jadi kawan. Aku reti nak pukul kayu golf ni hasil tunjuk ajar arwahlah. tak ada la reti tu bagus, maksudnya pernahlah merasa, dan tahu la serba sikit tantang golf ye dak? hari pertama kenal tu pun aku dah rasa selesa kawan dengan arawah, ok arwah tua 6 tahun dari aku, so that time tu aku anggap dia abang.

Masa main golf tu... kat damansara

Masa terus berlalu so beberapa kali jugak la kitaorang terus lepak sama-sama, arwah seorang yang baik, dia  jenis tak berkira, pandai jaga hati, kalau lepak dengan dia memang akan tersenyum je la. kadang-kadang suka sangat menyakat aku, so sebab tu aku memang anggap dia sebagai abang.

Ok arwah meninggalkan kami sudah hampir nak masuk 3 tahun. Tak silap aku arwah pergi meninggalkan kami pada bulan 7. nak dekat bulan puasa. Sebelum arwah pergi meninggalkan kami, dia ada bagi tahu hajat nak berbuka puasa sama-sama tapi nampaknya hajat tu.........(fikirlah sendiri) aku tak mampu nak cakap.

Pagi hari yang sama sebelum arwah pergi, adalah sahabat baik arwah bagitahu aku arwah pergi berkonvoi ke Perak kot, dan sahabat baik arwah tu tak dapat ikut sekali selalu dia ikut.. so aku ok kan je la. Tup tup petang tu sahabat baik arwah tu pun text aku cakap arwah kemalangan. Ok time tu aku dah sentap dengar, aku tanyalah sahabat baik arwah keadaan arwah, dia kata tak dapat apa berita lagi.

Menurut sahabat baik arwah, arwah meninggal sewaktu perjalanan pulang berkonvoi bersama-sama geng-geng motorbike ke Kuala Lumpur, kemalangan berlaku di Tapah, (tak silap kat Tapah tu memang selalu ada kemalangan ye?), yang paling meruntun jiwa, arwah meninggal dunia sebab arwah patah balik nak tolong orang, waktu tu pun memang dah ada kemalangan, so arwah nak tolong orang yang kemalangan tu la. Dengar kata arwah bawa gak laju apabila berpatah balik, walaupun raka-rakan konvoi yang lain dah nasihat suruh bawak perlahan. Tapi tu la orang kata hidup mati tu kerja Allah SWT, jadi siapalah kita nak menidakkannya.

Hampir maghrib aku menerima mesej dari sahabat baik arwah menyatakan bahawa, arwah disahkan meninggal dunia. Walaupun berkawan dengan arwah baru sahaja menjangkau 3 bulan tapi berita itu buat air mata aku gugur. Dahlah masa arwah meninggal aku tak ada kat Kuala Lumpur. So, aku tak dapat nak menatap wajah arwah untuk kali terakhir.. sob..sob..

Pemergian arwah memang meninggalkan kesan yang cukup besar untuk kami semua, disebabkan kami berkawan dengan orang yang sama. Pada awal pemergian beliau, kami memang tak dapat menerima kenyataan bahawa arwah dah tak ada, bila lepak kami, hanya bayangkan yang arwah tak join sebab arwah busy.

Aku kenali arwah dengan nama Ayien, orangnya kecil tapi cukup berbakat besar. Ramai orang menyayangi arwah kerana kebaikannya. Semoga roh arwah berada bersama-sama orang-orang yang beriman dan tenang di sana.

arwah berbaju Melayu..sorry malas crop

"Ayien kau pergi meninggalkan kan kami, kemudian kau tinggalkan kami pula dengan sahabat-sahabat kau yang lain yang juga baik seperti kau. "

Kini dah nak masuk 3 tahun pemergian arwah, kami semua dah dapat menerimanya dengan hati terbuka. Tapi kau tetap kawan dan abang aku sampai bila-bila Ayien.



Tuesday, May 28, 2013

Ceritera Mr.Smile

Ingat tak lagi someone yang aku cerita dalam post sebelum-sebelum ini? kalau tak hingat sila-sila jenguk ini link http://zararoz.blogspot.com/2013/05/dia-itu-kamu-lah.html. So post ni bersambung lagi la pasal dia.. huhu..

Ok tak sangka aku dan dia dah semakin kerap berborak. Aku memang tak sangka la yang sampai tahap ini perkembangan perkenalan ni. Niat aku sebelum ini cuma nak jadi secret admire je..opps! hehe

Tapi apa pun aku, sebenarnya tak kisah even kitaorang dh ditakdirkan berkawan. huhu.. Honestly setiap kali borak-borak dengan dia, aku rasa selesa, itulah perkara pertama ayang aku perasan. That's why la aku memang ok nak berkawan dengan dia. :)

Kan dalam post lepas aku ada bagitahu yang aku tak add dia kat facebookkan? Satu hal lagi yang buat aku tak percaya, boleh pulak dia yang add aku! Ya Allah, terkejut gila aku tengok friend request, unbelieveable occay! Entah macam mana la dia boleh pulak dapat cari aku kat Facebook tu, yela sebab nama aku kat twitter dengan kat facebook berbeza, harap maklum. Kerana terkejut aku ambik masa juga nak approve dia sebagai kawan. Keep asking myself how can her find me?!!

Takdir kitaorang yang seterusnya adalah sewaktu dinner, kitaorang attend the same event! ok tak apa lah, aku tak kisah sangat mula-mula sebab aku yakin dia mesti tak cam aku. (Padahal masa roomate bgthu yang dia pun pergi dinner, punya la suka!) hahaha, Yela dalam skrin dan kat luar orang kata aku ini berbeza. So, aku pun buat selamba badak aku jelah. Tapi!!! aku duduk meja mengadap dia pulak dah.. Ok sekali lagi aku tenangkan hati supaya relax, sebab walaupun mengadap, cuma aku je boleh pandang dia, dia plak duduk membelakangkan aku. Uhhh, selamat!

Tibalah waktu untuk makan pulak, maka berebut-rebutlah hadirin semua mengambil makanan, partner aku masa dinner tu iaitu secomel Ana pun ajak bergambar.


inilah sahabat sy yg paling comel tu!


Di suatu sudut yang berdekatan dengan meja Mr.Smile tu telah disediakan prop untuk bergambar, so Ana pun ajak aku bergambar kat sana, Ya Allah sekali lagi dup dap dup dap jantung aku hoi nak pergi situ, al maklum dekat benor dengan meja Mr.Smile! cepat-cepat aku suruh Ana bergambar supaya aku tak terserempak dengan Mr.Smile, tapi tiba-tiba plak datang yang lain nak bergambar, maka makin lama kat situ sampai lah aku tengok Mr.Smile dah menunjuk ke meja dia dah nak mejamu selera..

sebelah den Norish, kak long kwsan..hehe

Ya Allah, malunya! Aku buat steady je, gelabah pun ada sikit duduk balik kat meja sendiri, Ya Allah, dia dah tukar tempat duduk, menghadap aku pulak dah! sebaiklah tak gugur jantung aku. Sama ada aku syok sendiri atau apa, masa aku pandang dia, dia pun tengah pandang aku! Ya Allah, tak tahu nak letak muka kat mana, nak masuk dalam meja kang orang pelik. So, aku pun pura-puralah ajak Ana pergi ambik Ais Kacang. Dapatlah aku bernafas seketika.

Sepanjang majlis aku tak berani langsung nak angkat kepala sangat, aku hadaplah ais kacang dengan nasi depan mata tu, mana taknya kalalu dah Mr.Smile tu asyik je la dok pandang aku. (tak tahulah kalau akau perasan sendirikan) haha, Segan hoi segan! Time itu aku rasa macam nak je cepat-cepat habis. Taksanggup hoi! Sebaiklah datang Kak Eizah ajak berborak-borak, so tak adalah aku gebra sangat.

Tiba masa cabutan bertuah. Berkali-kali dalam hati berdoa supaya aku tak bertuah, sebab aku tak nak naik pentas, lepas tu Mr.Smile tengok! tak nak tak nak tak nak! Errrrggghhh, tup tup, no. aku kena pulak, mula-mula aku nak buat bodoh je, tapi Kak Eizah dengan Ana suruh pergi ambik, berat hati dengan sepantas yang mungkin aku pun naik pentas tu, dah tak pandang sesiapa dah sebab aku malu giler!

kak eizah ku palaing kiri duduk


Balik dari dinner tersebut, aku pun update status kat twitter, Ya Allah, kenapalah Mr.Smile ini selalu buat jantung aku nak gugur, boleh pulak dia tegur aku lepas tu dia tahu pulak aku pakai tudung merah. 

senyum segan!


Kebetulan facebook pun aku on time tu, so tiba-tiba Mr.Smile hantar chat kat Facebook pulak dah, Ya Allah,  terkejut lagi aku! Aku balaslah, dan paling buat aku tak sangka, dia tahu nama aku hoi!!!! sedangkan kat facebook atau twitter aku langsung tak guna nama betul aku, dan sebelum ini pun aku memang tak pernah bagitahu nama aku! Malam tu memang antara kenangan aku dengan Mr.Smile yang tak mungkin aku lupakan kot.. hahahaha..

So, begitulah kisah malam indah itu..cewwwwaaaahhhh.. ala aku memang tak harapkan apa-apa pun.. sebab aku sedar siapa aku. Aku cuma admire je. Tak salahkan. dan kalau suatu hari kami berkawan je pun aku tak kisah. hehe.

Tu jelah ciriteranya, tengoklah apa takdir seterusnya aku dan Mr.Smile pulak..BTW! aku panggil dia Mr.Smile sebab aku suka tengok dia senyum, dia senyum lebar. Senyuman dia tu senyum yang beria-ria, tak nampak fake. hehe..

End with Love!


Tuesday, May 21, 2013

Kacau bilau hati ini..

Ye hati dan keadaan sedang berada dalam keadaan yang kacau bilau.. masih berteka-teki dengan diri sendiri  patot ke patot dengan apa yang aku dan buat ni.... susahnya bila berada situasi macam ni.

Ohh, hati mengapa kau reti nak duduk diam haa?

tu la dulu main-main sekarang tengok dan sampai tahap ni.. tengok siapa yang kena tanggung.. hati sendiri jugak..

kenapa berat hati ni? bukan tu ke yang aku mahu... eishhh, memang kacau la...

Tanya sama hati apa sebab goyang nanti jawab hati aku dah jatuh hati dengan seseorang? kahkahkahkah...




#main dengan hati ni memang payah...ermm

Monday, May 20, 2013

Hari sukan USM

Semalam boleh di ibaratkan seperti hari sukan la di tempat belajar aku.. macam hari sukan kat sekolah. It's almost same la. ada acara sukan yang dipertandingkan (of course la kan, kata pun hari sukan) such as olahraga, tarik tali, lontar peluru/cakera termasuklah cheers team..

Kat sini kami panggil hari sukan tersebut as Temasya Olahraga Tahunan (TOT), boleh dikatakan as a big event la every year kat sini dah 39 tahun occay! Dan event ni dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar sendiri, mereka yang menjadi pegawai kepada event ini akan di interview dulu sebelum diterima. Selalunya kakitangan dorang melebihi 100 lebih orang jugak yang terlibat...

Ok, aku terlibat dah dua kali untuk event ini, last year dan this year.. tapi aku cuma la terlibat sebagai sebahagian daripada pasukan cheers je... untuk pengetahuan korang, pasukan cheers ini antara yang popular waktu TOT ini. Every desa(asrama) akan  dibenarkan hantar team, (tp tak semua la hantar).. pasukan sorak ini akan  mengeringai dari pagi sampai petang bersorak support atlet-atlet depa...korang bayangkanlah, setiap team hampir 30orang, selalunya team sorak tu seramai hampai 10 team jugaklah, korang dapat bayangkan tak kalau dah kesemuanya bersorak bagai nak gila... ok fine, tu normallah kan dah kata pon pasukan sorak. tapi ada sesetengah team tu aku ibaratkan sebagai syok sendiri.. atlet depa tak ada pun dalam sesetengah cara tapi dok bersorak tak bagi chance langsung kat orang lain, apa jadah! hehe... tapi apa pun tujuan aku masuk sorak bukan sebab nak menang atau nak phsyco-phsyco team lain, cuma nak jerit puas-puas dan lepaskan segala-galanya kat situ.. lepas sorak rasa lega woi! pasukan sorak kami ini tak adalah yang beria-ria pakai skirt apa bagai, sorak yang simple-simple asalkan tujuan sebenar bersorak tu tercapai iaitu nak bagi semangat kepada atlet. pasukan sorak kami kali ini memilih biru as theme..

TOT ini berlangsung selama 2 hari, so far desasiswa aku dah memegang 3 kali berturut-turut untuk kejuaraan   pasukan lelaki keseluruhan..termasuklah semalam tu.. Kemenangan semalam cukup berharga untuk desasiswa aku sebab, desasiswa kami ini selalu je ada orang lain yang tak puas hati. Sampai ada yang protes dalam kemenangan kami untuk beberapa acara.. sedih! tapi tu Alhamdulillah akhirnya kejuaraan tetap milik kami! untuk lah aku pernah dengar orang kata yang Juara kalah dulu... so now is, we are the winner.

antara benda lain yang kami menang, mascot paling mesra (redbull) , pasukan pembarisan .. pasukan sorak kami tak mendapat tempat di hati juri, sebenarnya kami pun tak mengharap. kami pun cuma sempoi-sempoi je, tak ada sebarang aksesoris yang kami gunakan cumalah pom-pom je.. ada pasukan lain itu memang beria-ria.. hehe.. tapi apa pun aku memang suka akan konsep pasukan sorak Kuning.. kreatif dan inovatif gituuu... tapi pasukan yang ibarat syok sendiri tu such as pasukan oren, erggg...

apa pun, apa yang aku dapat join event ni, cuma , kita buat event macam ni kan nak mencari bakat-bakat yang terpendam.. bukan lah nak mengejar kemenangan nak kisah siapa kalah siapa menang... rasanya tak patut la kot nak protes-protes bagai.. kita cuma nak enjoy-enjoy, nak mengeratkan silaturrahim, bukannya nak cari pasal antara satu sama lain.. give and take gituuu.. hee..

Lastly, aku memang minat bidang sukan ini, hope one day aku dapat pergi untuk buat laporan berita untuk Olimpik plak... hehe.. Majulah sukan untuk negara!


Sedikit gambar di hari kejadian..


bersama mascot yang mesra dan gagah..hehe

ambik feel sikit

we are USM!




Opps, lupa nak cerita, semalam dia lari.. tapi dia kurang bernasib baik.. :)

Thursday, May 9, 2013

Dia itu kamu lah!

Jam sekarang menunjukkan 2.59 pagi.. rajin kan aku meng'update' blog waktu-waktu begini? rajin bertempat. haha. Actually aku tengah stuck dengan assignment yang nak kena hantar esok ni haa. Inilah akibat buat last minute. Tanggung sendiri! Dah tak ada idea nak melalut apa lagi dalam itu kerja, kepala ni pun dah pening-pening lalat tengok skrin lama sangat. So, disebabkan aku tak nak buang masa sementara menunggu idea datang balik, dan tak sanggup nak scroll itu FB dan twitter lagi yang jugak akan bikin aku bertambah fening ke sinilah akhirnya arahnya.

Sebenarnya tujuan aku kesini double meaning, selain tujuan seperti yang dinyatakan di atas aku nak cakap tentang sesuatu yang luar biasa (bagi aku) berlaku kat aku sejak akhir-akhir ini. Apalah yang luar biasa sangat tu ZR oi.. hehe, ok sejak-sejak akhir-akhir ni aku kerap sangat membuat siasatan (skodeng/stalker) seorang mamat ni punya hal, dr fb ke twitter. Ok jangan nak jugde cepat sgt, bkn la sampai tahap kronik tu, tapi kerap jugak la.. Padahal skodeng-skodeng ini bukanlah hobi aku pun. Aku mula tahu mamat ini wujud kat dunia masa aku jadi penonton satu perlawanan sukan yang dia sertai. aku pergi tengok sebab dia main untuk desasiswa (hostel) aku sebab itu la wujudnya aku sebagai penonton dan kebetulan sukan yang dia main tu jugak adalah sukan/passion aku.. So sejak sangat tu lah mulanya dia dalam hidup aku.. sampai sekarang dia masih ada dalam hidup aku.

Kecanggihan dunia teknologi ini mempengaruhi aku untuk cari dia dalam alam maya pula. Aku pun tak tahu kenapa sampai macam ini sekali aku nak tahu pasal dia. Padahal aku bukanlah beria-ria. So, tangan aku ni pun menari-narilah mencari empunya diri di FB.. Guess what? dalam masa tak sampai berapa minute aku jumpa dan aku tahulah sikit serba sikit tentang diri beliau. berpontesi jugak aku nak Investigetor ni, hehe.. So bila dh jumpa kat Fb ke laut pula cari dia kat twitter, ok jangan tak percaya sekali lagi aku jumpa empunya diri punya twitter account plak. Ok dengan selambar aku follow, niat di hati time tu cuma nak suka-suka. entah dia follow balik ke tidak aku tak lah kisah sangat. Tu kan hak individu. kat Fb aku tak add pun.

Esok tu aku pun log in twitter dan dapati dia mem'following' aku jugak. Tanpa sedar i feel little bit happy, dan automatic senyum sorang-sorang, kalau roomate tengok mesti perli. hee. So, sekarang kitaorang adalah jugak mention each other. Sebenarnya tak sangka aku dan dia boleh dikatakan dah berkomunikasi. Sebab sebelum ini kalau aku terberkenan kat anyone aku tak ada lah seberani dan sejauh ini nak beria-ria tahu tentang hal orang tu. tapi kali ini keadaannya sangat berbeza. So tu lah yang aku rasa berbeza and pelik sikit.

Well selama berinteraksi di alam maya, so far aku rasa selesa lah berkawan dengan dia. tapi dia tak tahu la pulak kan. dan sejujurnya tak ada perasaan yang lebih dari itu pun. Niat di hati cuma nak berkawan.

Yang tak tahan roomate selalu menyokong aku, ntah apa yang dia sokong pun aku tak tahu.haha.. so tu je lah nak bercerita. Macam tak ada motif kan? haha, memang.. tapi dah tiba-tiba teringin plak nak meng'update' blog yang terbengkalai ini so aku relakan jugaklah jari ini terus  berlegar-legar menekan keypad  ni haa.

ok lah, rasanya dh perlu menyambug menyiapkan assignment balik. byebye..!