tuan tanah~~

tuan tanah~~
p/s dr tuan tanah: Jangan cemari tempat ini dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya..AMARAN KERAS!

What for eh?

Blog ini saya samakan seperti ruang untuk berkongsi tentang hati. Harap tiada sesiapa akan terasa hati.Take everything that i scratch here as a simple. Judge is unneeded here! Kalau terasa apa-apa dekat sini take it as own risk..

yang rajin menjenguk

V.I.P in my heart

V.I.P in my heart

Gula hati, mengajar senyum

Gula hati, mengajar senyum

Tuesday, January 15, 2013

Those who cannot to accept reality..

Hari ni aku terpanggil untuk merelakan jari jemari ini menaip lagi untuk entri terbaru..kuikuikui. Sebelum aku meneruskan apa yang bakal aku nak merepek, aku saja nak bagitahu yang aku tinggal lagi satu sahaja paper terakhir yang akan aku duduki untuk final exam sem ini. Walaupun tinggal lagi satu paper tu, tapi sekarang
pun aku dah rasa separuh dari kemerdekaan, sebab aku anggap semua paper yang "killer" tu sudah berakhir pagi tadi. Tapi paper pagi tadi yang selama ini aku rasa bakal membunuh sebenarnya, Alhamdulillah Ya Rabb, sangat menyebelahi aku apabila apa yang aku telaah masuk. Semua ini kuasa Allah. Thanks for everything Ya Allah.

Namun sebenarnya, bukan itu yang memanggil aku ke sini tapi sesuatu yang lainnya. hee. Korang pernah mengalami/ mengadap/berhadapan dengan orang-orang yang tidak boleh terima kenyataan?? aku rasa semua pernah. aku sendiri pernah. tak dapat menafikan orang-orang itu just around me. also just around the world. Orang-orang begini yang tak boleh terima kenyataan bahawa orang lain lebih sedikit je daripada depa. sedikit je pun. Kalau betul tak heran dengan kelebihan orang lain tak perlulah kot nak bagitahu satu dunia ko tak heran. is better quiet than to tell all the world that you don't care. It seem like sebenarnya ko bukan tak heran tapi sebenarnya tak boleh terima kenyataan. Buat seolah-olah tak heran tapi sudah terang tak payah suluh-suluh, people know hakikatnya that ko tak boleh terima kenyataan. tak ke memalukan diri sendiri tu.

Tapi aku bukanlah siapa-siapa nak menghalang untuk orang-orang begini untuk bersuara, kitakan negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara yang tak berapa nak bersuara ni. hee. itu hak depa, selagi depa puas dengan cara sebegitu, biaq pi kat depa la.. hee. Tapi sebelum depa dok bising benda yang tak ada faedah kat depa sendiri itu, adalah lebih baik depa fikir benda tu perlu ke nak bagitahu the world. aku tak halang depa nak bersuara, tapi fikirlah dulu apabila nak bersuara tu. fikir dulu apa tanggapan orang. jangan terlalu ikut hati. wahh dah macam pakar motivasi dah aku ni.

Aku masih tak faham mengapa orang sebegini juga ada di dunia ini, tapi aku rasa itu tidak mustahil kerana kita hakikatnya memang manusia ini tidak akan sempurna. Tapi tanyalah kembali diri perlu ke semua tu? Kalau tak perlu, buang je lah kan sikap-sikap macam tu. Belajar menerima kenyataan itu adalah lebih baik. hee.

#Last words, kita kena terima diri sendiri itu dulu seadanya sebelum kita melihat dan membezakan kelebihan dan kekurangan yang ada pada orang lain. Tapi sebenar pada sudut optimis setiap kekurangan dan kelebihan itu adalah bukan yang terjadi kerana sia-sia tetapi kerana ada sebabnya. Mungkin sikap tidak boleh terima kenyataan sesetengah orang itu juga adalah kekurangan yang dilihat dalam diri dia, akan tapi sebenarnya pengajaran/lesson untuk orang lain.pro and con in life.


Thursday, January 10, 2013

Ramalan aku utk ABPBH 2013

Entah lah.. aku ni macam dah tak ada kerja lain pulak kan nak dok ramal untuk APBH yang tak ada kena mengena atau bersangkut paut dengan final exam aku. hee

Tapi sebenarnya sebagai seorang yang bakal/mungkin turut menjejakkan kaki dalam dunia media tu, so aku rasa patutlah juga aku meremal-ramal siapa yang bakal menangkan...hee

Kalau yang tak tahu tu ABPBH tu kebenda, ABPBH tu adalah singkatan kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Yang mencalon artis-artis dekat Malaysia ini dalam kategori-kategori yang telah mereka tentukan. Kalau nak tahu lebih mendalam tentang anugerah ni, korang boleh lah usha-usha kat link ni ABPBH. Apa yang korang nak tahu semua ada kat situ. Nak undi untuk kategori online beberapa kategori tertentu pun boleh. hee.

Untuk pengetahuan korang Dato Siti Nurhaliza yang paling lama pegang trofil Bintang paling popular, (1996-2001) then 2009. Lama woo, tapi apa nak diherankan, Siti memang layak pun untuk trofil itu mengikut pencapaian dan bakat dia yang sangat hebat tu. hee

So, marilah kita meramal..
Ok ni 7 kategori online yang aku dah undi. hee

Kategori Online: 1.  Watak jahat dalam filem atau drama popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan (Pilihan aku, dia berjaya buat aku benci)
5. Zizan Razak

Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi
1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish (Pilihan aku, dorang memang sweet)
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH
1. Anak-anak Sidek (Pilihan aku, legend punya animasi)
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial
1. Aaron Aziz (Pilihan Aku, gegirl byk suka ni)
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari (Pilihan Aku, Awal memang always melawa)
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Kategori Online: 6. Artis wanita stailo
1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish (Pilihan aku, stailo dan stunning)
4. Stacy
5. Yana Samsurdin

Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular
1. Aaron Aziz
2. BIGBANG (Pilihan aku, walaupun aku tak minat)
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Untuk ramalan aku kategori-kategori utama plak..

Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam (Pilihan aku)
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong  (Pilihan Aku)
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif (Pilihan aku)

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz (Pilihan aku)
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah (Pilihan aku)
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz (Pilihan aku)
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah (Pilihan Aku)
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra (Pilihan Aku)
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin (Pilihan Aku)

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak (Pilihan Aku)

Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias (Pilihan Aku)
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal (Pilihan Aku)
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira (Pilihan Aku)

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail (Pilihan Aku)
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin (Pilihan Aku)
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

dan untuk anugerah bintang popular aku rasa-rasalah, yang akan menang Yana Samsudin kebarangkalian..

Ramalan ni sekadar suka-suka, kalau ada pihak yang tak puas hati, harap dimaafkan.






Monday, January 7, 2013

Surat untuk bonda dari anakmu yang di kejauhan..

6 Januari setiap tahun adalah hari yang antara bermakna dalam hidup aku..
Hari yang bagiku aku tunggu bila tibanya tahun baru menjelma...
Namun sudah dua tahun hari itu tidak dapat aku raikan kerana batas-batas tertentu..
Namun tidak sedikit malah sekelumit pun aku lupa apa hari itu..
hari itu adalah hari istimewa buat insan yang sangat bermakna dalam hidup aku,
yang berada pada sudut paling dalam hati ini,
yang setiap saat dirinya tak pernah ku lupa,
yang setiap hari dirinya aku fikirkan,
yang setiap doa ku tuturkan,
yang setiap perkara ku lakukan ku dahuluikan dengan dirinya,
hari itu adalah hari kelahiran insan yang bernama Emak,

Kehadapan bonda ku yang amat aku cintai,

Pertama sekali seribu maaf ku pohon kerana ini kali kedua anakmu tidak dapat bersamamu di saat hari bahagiamu. Maafkan aku bonda kerana tidak dapat sama-sama bersamamu saat itu, meskipun aku terlalu ingin. 
Bonda maaf jarak yang memisahkan ini menghalang untuk ku hadiri saat bahagia itu bersamamu. Namun dari kejauhan aku titipkan doa yang berpanjangan buatmu.
 Bonda aku ada satu keinginan, yang aku namainya sebuah impian, aku ingin meraikan hari bahagiamu ini di Makkah suatu hari nanti. Kita sekeluarga berada di sana di kota Allah dan memohon kebahagiaan sebenar-benarnya. 
Bonda jika dengan izin Allah itulah hadiah teristimewa yang ingin kuberikan untukmu. 
Bonda sudah 21 tahun kau mengajarkan aku tentang sebuah kehidupan, dari  sehelai kain kosong yang dipandang sepi sehingga kini ia berwarna warni. 
Bonda aku tahu dalam senyumanmu itu penuh dengan penderitaan, walaupun aku tahu apa yang dirimu tanggung tidak sama seperti yang aku lihat. 
Bonda kini aku bukan lagi anak kecik yang merengek-rengek minta didodoi namun aku masih anakmu yang masih perlukan dirimu dalam hidupku untuk meneruskan perjuangan ini. 
Bonda kadang-kadang aku tertanya pada diri bagaimana harus aku hidup tanpa insan bernama Emak. Bonda setiap kali aku pulang ke rumah, apa yang ingin aku lihat berada di hadapan mata tidak lain tapi dirimu. 
Bonda, Selamat Ulangtahun Kelahiran, doaku semoga kau sentiasa sihat sejahtera, sentiasa di bawah lindungan Allah.
Bonda, jika mulut tak bisa melafaz, namun jauh di sudut hati aku ingin kau tahu, selepas Allah, dirimulah yang paling aku cintai.

coretan singkat,anakmu.


"Wanita terhebat yang sentiasa disisiku"


kek bondaku sempena kelahirannya semalam.


#kau lah satu-satunya di antara berjuta, dikau teristimewa, kau kebanggaanku, I LOVE YOU PUAN ZARAH!

Wednesday, January 2, 2013

Musuhku!

hari ini aku menaip lagi di ruang ini. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini semakin kerap ruang ini ku beri perhatiannya. Namun mendatang ruang ini jua akan ku abaikan dan kembali besarang. 

Dalam kesuntukkan masa, sepatutnya suntuk untuk aku yang akan menduduki peperiksaan akhir tiga hari lagi, aku masih melapangkan ruang menaip di sini. entah mengapa. 

Untuk peperiksaan kali ini aku rasa sedikit lapang dengan jarak masa antara setiap waktu peperiksaan yang tidak terlalu rapat. ada ruang untuk ku bernafas. semestar lepas hampir saja aku lemas.

jika kala ini orang lain bertungkus lumus siang malam, aku juga begitu. namun aku masih ingin memberi ruang pada diri untuk memuntahkan rasa di sini. namun sebenarnya masih ada juga yang tidur lena dan masih rancak bergembira kerana peperiksaan bukan musuh kali baginya.

bagiku peperiksaan musuh. namun ia musuh yang membawa aku ke arah menjelaskan tentang masa depan. walaupun sejak berusia enam tahun aku sudah menduduki peperiksaan getar dan gusar itu sentiasa akan hadir bila tiba masanya peperiksaan. kuat sungguh kuasa musuhku ini.

mungkin ini adalah tulisan sementara buat tatapan yang melewati ruang ini, kerana mungkin akan ku korbankan diri menghambakan diri sepenuhnya pada peperiksaan yang bakal tiba.


akhir kata, doakan ketenangan dan kemudahan untukku dan seperjuangan agar dapat menulis selancarnya pada helaian kertas jawapan itu nanti. 

#Selamat menjawab peperiksaan buat semua!


Tuesday, January 1, 2013

Entri pertama 2013: 3 in 1

Alhamdulillah,


2012 dah pun melabuhkan terainya .>_<  kedatangan 2013 amat-amatlah dialukan..>_<. Kenangan 2012, banyak sangat kalau nak di ingatkan kembali, malah ada pun yang dah tak ingat langsung. hee. Manusia mudah lupa. Tapi sesuatu yang tak boleh lupa adalah kehadiran insan bernama Tajul Adeef Mikhail dalam hidupku. (My sweetheart).. bukan saja dalam hidup aku tapi keluarga juga. Dan benda paling sedih yang aku tak boleh lupa pula, urmmm... biarlah aku simpan jauh di sudut hati ini, menjadikan pengajaran kepada diri. 



(anak-anak kecil inilah yang memberi seribu erti dalam 2012 ku)


So, now let's we talk about azam dan impian. Tahun barukan apa lagi benda hot yang nak dibincangkan kalau bukan pasal azam dan impian. >_< kan? salah ek? opps sorry..
Sebenarnya aku masih confuse..hee, impian dan azam tu benda yang lain-lain ke sama? eh? Sarcastic ke soalan tu? hee, sebab kadang-kadang orang sebut azam kadang-kadang pula orang sebut impian.. fenin,fenin..
apa-apa lakan.. hee.. cakap pasal impian dan azam tu, so far.azam ke impian ke masih sama. impian masa pendek tu ada yang dicapai ada yang tak. tapi impian yang masa panjang tu kesemuanya masih belum tercapai. sebab tu aku melangkah ke tahun 2013 masih bersama impian dan azam yang sama. >_<
so untuk azam pendek 2013 ni aku dah start awal dah, in shaa Allah tercapai.



sekarang nak cakap pasal RASA SUKA. Bagi aku rasa suka tu memang hak semua orang. apa kita nak suka itu memang hak kita. tapi kita ingat tak semua yang kita suka kita dapat dan tak semua yang kita suka, suka kat kita macam mana kita suka padanya. bagi diri aku sendiri, manusia yang tak pernah sempuna dan takkan sempurna, aku tak mampu nak buat semua orang untuk rasa suka pada aku. dan membalas semua rasa suka tu. aku pun ada perasaan untuk rasa suka dan tak suka. aku tetap manusia biasa yang juga ada perasaan suka dan tak suka.. >_<  aku tak boleh nak larang orang untuk rasa suka dan tak suka pada aku, sebab perasaan itu pemberiaan Allah. So, kita kena ingat tak semesti bila kita suka orang lain pun suka. tak adil nak suruh orang suka apa yang kita suka. dan rasa suka tu juga ada banyak jenis. tapi yang pasti, suka tu tak bermakna cinta.

Tapi ramai orang selalu salah tafsir bahawa, bila sukakan seseorang itu mesti cinta kan orang itu. Esklopedia mana la yang hang pa rujuk tu... hee. Rasa suka tu banyak sebab, tak semestinya cinta. 

Perasaan cinta bermula dari mata
Perasaan suka bermula dari telinga


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

So, bila orang buat baik pada kita, tak semestinya dia rasa suka dan cinta kat kita. mungkin suka sebagai seorang teman. tak mungkin lebih. mungkin nita dia baik nak tolong. jadi setiap kebaikan yang orang beri jangan disalah anggap/erti. dan janganlah berharap untuk orang suka kita jugak. kita kenalah belajar terima kenyataan. heee..