tuan tanah~~

tuan tanah~~
p/s dr tuan tanah: Jangan cemari tempat ini dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya..AMARAN KERAS!

What for eh?

Blog ini saya samakan seperti ruang untuk berkongsi tentang hati. Harap tiada sesiapa akan terasa hati.Take everything that i scratch here as a simple. Judge is unneeded here! Kalau terasa apa-apa dekat sini take it as own risk..

yang rajin menjenguk

V.I.P in my heart

V.I.P in my heart

Gula hati, mengajar senyum

Gula hati, mengajar senyum

Sunday, December 23, 2012

Study Week diganggu vs stress

Assalammualaikum, Ah lan wah salan..

Sekarang sudahpun masuk study week... sebelum exam menjelmakan diri.. study week adalah minggu-minggu yang boleh dianggap tekanan.. kalau jumpa member-member muka semua stress.. stress study la kot kalau strees benda lain tu tak tahu la pulak..hee.

study week pada aku memang stress pun! lebih-lebih aku yang gemar bebenor study last minute ni.. nanti jerawat pun berlumba-lumba lah mai...tambah lagi stress aku! hee..

aku ni bukan la antara golongan bijak, tak study pun boleh dean list, so nak taknak kena la study.. study pun belum tentu dean list... tapi aku bersyukur je setiap apa yang Allah dah tentukan untuk aku... heee.. setiap kali dapat result tu mula-mula memang la kadang-kadang tak boleh terima kenyataan tapi lepas 5 minit tu, aku dah ok! mungkin Allah tu ada aturan lain untuk aku dan mungkin usaha aku tak cukup lagi.. Positif !

Study week ni memang ramai penghuni-penghuni desasiswa (asrama)  ni balik, roomate aku pun dah balik petang tadi.. so tinggal lah aku keseorangan dalam bilik tu.. nak jadikan cerita, lepas je solat maghrib, pukul 8 tu aku tidur lah.. tapi aku rasa macam diganggu.. aku rasa macam ada benda yang himpap aku.. aku rasa lama juga aku rasa macam tu, aku baca ayat kerusi, aku cuba azan dalam hati.. tapi macam susah juga nak lepas.. aku cuba menjerit tapi tak terkeluar suara aku, aku cuba bukak mata tapi aku nampak semua benda terawang-awangan.. Ya Allah, aku tak tahu nak buat apa time tu, aku terus membaca ayat kursi banyak kali aku paksa diri cuba bangun dan akhirnya aku mampu bangun, aku terus pergi bilik kawan aku dalam keadaan kepala aku yang sangat sakit,mata yang berpinar ,yang berdekatan dah berpindah tidur dibilik dia. Aku cerita kat dia apa yang aku alami tadi, aku tanya dia itu mimpi ke apa, dia cakap betul la aku kena himpap...Sebab dia pun penah rasa macam tu katanya. Aku sambung tidur kat bilik dia..lena tanpa sebarang gangguan.. Sebenarnya dalam minggu ni sahaja tak silap aku dah 3 kali aku kena macam tu, semalam pun sama, tapi sekejap aje. Semalam lepas subuh, aku baru tidur, letak kepala tak sampai 15 minit aku terus rasa kena hempap, tapi lepas aku baca ayat kursi dia terus hilang. hurmmm..Bila aku cerita kat roomate aku dia kata aku stress, sebab tu lah aku pun ingat aku stress.. tapi takkan la aku ni stress sebab aku ni study pun tak ada la lama sangat, banyak tengok movie ada lah.. Adam Hawa lagi..hee.

Entah lah, sebenarnya aku malas nak fikir sangat benda-benda tu semua. Mungkin perasaan aku je kot. Nanti menganggu konsetrasi aku nak exam, so aku cuma mengingatkan diri supaya sentiasa dekatkan diri denganNya. In shaa Allah, semua akan ok. tapi aku harap tu semua mainan tidur atau tak memberi apa-apa kesan.

Last but not least, happy study week.. semoga percapaian meningkat sem ni.. sebab pointer sem ni penting nak mintak intership untuk sem depan..heee, end with love...