Hari ni aku terpanggil untuk merelakan jari jemari ini menaip lagi untuk entri terbaru..kuikuikui. Sebelum aku meneruskan apa yang bakal aku nak merepek, aku saja nak bagitahu yang aku tinggal lagi satu sahaja paper terakhir yang akan aku duduki untuk final exam sem ini. Walaupun tinggal lagi satu paper tu, tapi sekarang
pun aku dah rasa separuh dari kemerdekaan, sebab aku anggap semua paper yang "killer" tu sudah berakhir pagi tadi. Tapi paper pagi tadi yang selama ini aku rasa bakal membunuh sebenarnya, Alhamdulillah Ya Rabb, sangat menyebelahi aku apabila apa yang aku telaah masuk. Semua ini kuasa Allah. Thanks for everything Ya Allah.
Namun sebenarnya, bukan itu yang memanggil aku ke sini tapi sesuatu yang lainnya. hee. Korang pernah mengalami/ mengadap/berhadapan dengan orang-orang yang tidak boleh terima kenyataan?? aku rasa semua pernah. aku sendiri pernah. tak dapat menafikan orang-orang itu just around me. also just around the world. Orang-orang begini yang tak boleh terima kenyataan bahawa orang lain lebih sedikit je daripada depa. sedikit je pun. Kalau betul tak heran dengan kelebihan orang lain tak perlulah kot nak bagitahu satu dunia ko tak heran. is better quiet than to tell all the world that you don't care. It seem like sebenarnya ko bukan tak heran tapi sebenarnya tak boleh terima kenyataan. Buat seolah-olah tak heran tapi sudah terang tak payah suluh-suluh, people know hakikatnya that ko tak boleh terima kenyataan. tak ke memalukan diri sendiri tu.
Tapi aku bukanlah siapa-siapa nak menghalang untuk orang-orang begini untuk bersuara, kitakan negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara yang tak berapa nak bersuara ni. hee. itu hak depa, selagi depa puas dengan cara sebegitu, biaq pi kat depa la.. hee. Tapi sebelum depa dok bising benda yang tak ada faedah kat depa sendiri itu, adalah lebih baik depa fikir benda tu perlu ke nak bagitahu the world. aku tak halang depa nak bersuara, tapi fikirlah dulu apabila nak bersuara tu. fikir dulu apa tanggapan orang. jangan terlalu ikut hati. wahh dah macam pakar motivasi dah aku ni.
Aku masih tak faham mengapa orang sebegini juga ada di dunia ini, tapi aku rasa itu tidak mustahil kerana kita hakikatnya memang manusia ini tidak akan sempurna. Tapi tanyalah kembali diri perlu ke semua tu? Kalau tak perlu, buang je lah kan sikap-sikap macam tu. Belajar menerima kenyataan itu adalah lebih baik. hee.
#Last words, kita kena terima diri sendiri itu dulu seadanya sebelum kita melihat dan membezakan kelebihan dan kekurangan yang ada pada orang lain. Tapi sebenar pada sudut optimis setiap kekurangan dan kelebihan itu adalah bukan yang terjadi kerana sia-sia tetapi kerana ada sebabnya. Mungkin sikap tidak boleh terima kenyataan sesetengah orang itu juga adalah kekurangan yang dilihat dalam diri dia, akan tapi sebenarnya pengajaran/lesson untuk orang lain.pro and con in life.
No comments:
Post a Comment