Dalam kesuntukkan masa, sepatutnya suntuk untuk aku yang akan menduduki peperiksaan akhir tiga hari lagi, aku masih melapangkan ruang menaip di sini. entah mengapa.
Untuk peperiksaan kali ini aku rasa sedikit lapang dengan jarak masa antara setiap waktu peperiksaan yang tidak terlalu rapat. ada ruang untuk ku bernafas. semestar lepas hampir saja aku lemas.
jika kala ini orang lain bertungkus lumus siang malam, aku juga begitu. namun aku masih ingin memberi ruang pada diri untuk memuntahkan rasa di sini. namun sebenarnya masih ada juga yang tidur lena dan masih rancak bergembira kerana peperiksaan bukan musuh kali baginya.
bagiku peperiksaan musuh. namun ia musuh yang membawa aku ke arah menjelaskan tentang masa depan. walaupun sejak berusia enam tahun aku sudah menduduki peperiksaan getar dan gusar itu sentiasa akan hadir bila tiba masanya peperiksaan. kuat sungguh kuasa musuhku ini.
mungkin ini adalah tulisan sementara buat tatapan yang melewati ruang ini, kerana mungkin akan ku korbankan diri menghambakan diri sepenuhnya pada peperiksaan yang bakal tiba.
akhir kata, doakan ketenangan dan kemudahan untukku dan seperjuangan agar dapat menulis selancarnya pada helaian kertas jawapan itu nanti.
#Selamat menjawab peperiksaan buat semua!
No comments:
Post a Comment