
2012 dah pun melabuhkan terainya .>_< kedatangan 2013 amat-amatlah dialukan..>_<. Kenangan 2012, banyak sangat kalau nak di ingatkan kembali, malah ada pun yang dah tak ingat langsung. hee. Manusia mudah lupa. Tapi sesuatu yang tak boleh lupa adalah kehadiran insan bernama Tajul Adeef Mikhail dalam hidupku. (My sweetheart).. bukan saja dalam hidup aku tapi keluarga juga. Dan benda paling sedih yang aku tak boleh lupa pula, urmmm... biarlah aku simpan jauh di sudut hati ini, menjadikan pengajaran kepada diri.
(anak-anak kecil inilah yang memberi seribu erti dalam 2012 ku)
So, now let's we talk about azam dan impian. Tahun barukan apa lagi benda hot yang nak dibincangkan kalau bukan pasal azam dan impian. >_< kan? salah ek? opps sorry..
Sebenarnya aku masih confuse..hee, impian dan azam tu benda yang lain-lain ke sama? eh? Sarcastic ke soalan tu? hee, sebab kadang-kadang orang sebut azam kadang-kadang pula orang sebut impian.. fenin,fenin..
apa-apa lakan.. hee.. cakap pasal impian dan azam tu, so far.azam ke impian ke masih sama. impian masa pendek tu ada yang dicapai ada yang tak. tapi impian yang masa panjang tu kesemuanya masih belum tercapai. sebab tu aku melangkah ke tahun 2013 masih bersama impian dan azam yang sama. >_<
so untuk azam pendek 2013 ni aku dah start awal dah, in shaa Allah tercapai.
sekarang nak cakap pasal RASA SUKA. Bagi aku rasa suka tu memang hak semua orang. apa kita nak suka itu memang hak kita. tapi kita ingat tak semua yang kita suka kita dapat dan tak semua yang kita suka, suka kat kita macam mana kita suka padanya. bagi diri aku sendiri, manusia yang tak pernah sempuna dan takkan sempurna, aku tak mampu nak buat semua orang untuk rasa suka pada aku. dan membalas semua rasa suka tu. aku pun ada perasaan untuk rasa suka dan tak suka. aku tetap manusia biasa yang juga ada perasaan suka dan tak suka.. >_< aku tak boleh nak larang orang untuk rasa suka dan tak suka pada aku, sebab perasaan itu pemberiaan Allah. So, kita kena ingat tak semesti bila kita suka orang lain pun suka. tak adil nak suruh orang suka apa yang kita suka. dan rasa suka tu juga ada banyak jenis. tapi yang pasti, suka tu tak bermakna cinta.
Tapi ramai orang selalu salah tafsir bahawa, bila sukakan seseorang itu mesti cinta kan orang itu. Esklopedia mana la yang hang pa rujuk tu... hee. Rasa suka tu banyak sebab, tak semestinya cinta.
Perasaan cinta bermula dari mata
Perasaan suka bermula dari telinga
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
So, bila orang buat baik pada kita, tak semestinya dia rasa suka dan cinta kat kita. mungkin suka sebagai seorang teman. tak mungkin lebih. mungkin nita dia baik nak tolong. jadi setiap kebaikan yang orang beri jangan disalah anggap/erti. dan janganlah berharap untuk orang suka kita jugak. kita kenalah belajar terima kenyataan. heee..

.jpg)


now baru la buleh bace skit... hari tu tulisan buat pening kepale je..
ReplyDeleteoww yeke..tulisan hari tu berseni.. orang2 jiwa seni mesti boleh baca..heee >_<
ReplyDelete