tuan tanah~~

tuan tanah~~
p/s dr tuan tanah: Jangan cemari tempat ini dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya..AMARAN KERAS!

What for eh?

Blog ini saya samakan seperti ruang untuk berkongsi tentang hati. Harap tiada sesiapa akan terasa hati.Take everything that i scratch here as a simple. Judge is unneeded here! Kalau terasa apa-apa dekat sini take it as own risk..

yang rajin menjenguk

V.I.P in my heart

V.I.P in my heart

Gula hati, mengajar senyum

Gula hati, mengajar senyum

Tuesday, May 28, 2013

Ceritera Mr.Smile

Ingat tak lagi someone yang aku cerita dalam post sebelum-sebelum ini? kalau tak hingat sila-sila jenguk ini link http://zararoz.blogspot.com/2013/05/dia-itu-kamu-lah.html. So post ni bersambung lagi la pasal dia.. huhu..

Ok tak sangka aku dan dia dah semakin kerap berborak. Aku memang tak sangka la yang sampai tahap ini perkembangan perkenalan ni. Niat aku sebelum ini cuma nak jadi secret admire je..opps! hehe

Tapi apa pun aku, sebenarnya tak kisah even kitaorang dh ditakdirkan berkawan. huhu.. Honestly setiap kali borak-borak dengan dia, aku rasa selesa, itulah perkara pertama ayang aku perasan. That's why la aku memang ok nak berkawan dengan dia. :)

Kan dalam post lepas aku ada bagitahu yang aku tak add dia kat facebookkan? Satu hal lagi yang buat aku tak percaya, boleh pulak dia yang add aku! Ya Allah, terkejut gila aku tengok friend request, unbelieveable occay! Entah macam mana la dia boleh pulak dapat cari aku kat Facebook tu, yela sebab nama aku kat twitter dengan kat facebook berbeza, harap maklum. Kerana terkejut aku ambik masa juga nak approve dia sebagai kawan. Keep asking myself how can her find me?!!

Takdir kitaorang yang seterusnya adalah sewaktu dinner, kitaorang attend the same event! ok tak apa lah, aku tak kisah sangat mula-mula sebab aku yakin dia mesti tak cam aku. (Padahal masa roomate bgthu yang dia pun pergi dinner, punya la suka!) hahaha, Yela dalam skrin dan kat luar orang kata aku ini berbeza. So, aku pun buat selamba badak aku jelah. Tapi!!! aku duduk meja mengadap dia pulak dah.. Ok sekali lagi aku tenangkan hati supaya relax, sebab walaupun mengadap, cuma aku je boleh pandang dia, dia plak duduk membelakangkan aku. Uhhh, selamat!

Tibalah waktu untuk makan pulak, maka berebut-rebutlah hadirin semua mengambil makanan, partner aku masa dinner tu iaitu secomel Ana pun ajak bergambar.


inilah sahabat sy yg paling comel tu!


Di suatu sudut yang berdekatan dengan meja Mr.Smile tu telah disediakan prop untuk bergambar, so Ana pun ajak aku bergambar kat sana, Ya Allah sekali lagi dup dap dup dap jantung aku hoi nak pergi situ, al maklum dekat benor dengan meja Mr.Smile! cepat-cepat aku suruh Ana bergambar supaya aku tak terserempak dengan Mr.Smile, tapi tiba-tiba plak datang yang lain nak bergambar, maka makin lama kat situ sampai lah aku tengok Mr.Smile dah menunjuk ke meja dia dah nak mejamu selera..

sebelah den Norish, kak long kwsan..hehe

Ya Allah, malunya! Aku buat steady je, gelabah pun ada sikit duduk balik kat meja sendiri, Ya Allah, dia dah tukar tempat duduk, menghadap aku pulak dah! sebaiklah tak gugur jantung aku. Sama ada aku syok sendiri atau apa, masa aku pandang dia, dia pun tengah pandang aku! Ya Allah, tak tahu nak letak muka kat mana, nak masuk dalam meja kang orang pelik. So, aku pun pura-puralah ajak Ana pergi ambik Ais Kacang. Dapatlah aku bernafas seketika.

Sepanjang majlis aku tak berani langsung nak angkat kepala sangat, aku hadaplah ais kacang dengan nasi depan mata tu, mana taknya kalalu dah Mr.Smile tu asyik je la dok pandang aku. (tak tahulah kalau akau perasan sendirikan) haha, Segan hoi segan! Time itu aku rasa macam nak je cepat-cepat habis. Taksanggup hoi! Sebaiklah datang Kak Eizah ajak berborak-borak, so tak adalah aku gebra sangat.

Tiba masa cabutan bertuah. Berkali-kali dalam hati berdoa supaya aku tak bertuah, sebab aku tak nak naik pentas, lepas tu Mr.Smile tengok! tak nak tak nak tak nak! Errrrggghhh, tup tup, no. aku kena pulak, mula-mula aku nak buat bodoh je, tapi Kak Eizah dengan Ana suruh pergi ambik, berat hati dengan sepantas yang mungkin aku pun naik pentas tu, dah tak pandang sesiapa dah sebab aku malu giler!

kak eizah ku palaing kiri duduk


Balik dari dinner tersebut, aku pun update status kat twitter, Ya Allah, kenapalah Mr.Smile ini selalu buat jantung aku nak gugur, boleh pulak dia tegur aku lepas tu dia tahu pulak aku pakai tudung merah. 

senyum segan!


Kebetulan facebook pun aku on time tu, so tiba-tiba Mr.Smile hantar chat kat Facebook pulak dah, Ya Allah,  terkejut lagi aku! Aku balaslah, dan paling buat aku tak sangka, dia tahu nama aku hoi!!!! sedangkan kat facebook atau twitter aku langsung tak guna nama betul aku, dan sebelum ini pun aku memang tak pernah bagitahu nama aku! Malam tu memang antara kenangan aku dengan Mr.Smile yang tak mungkin aku lupakan kot.. hahahaha..

So, begitulah kisah malam indah itu..cewwwwaaaahhhh.. ala aku memang tak harapkan apa-apa pun.. sebab aku sedar siapa aku. Aku cuma admire je. Tak salahkan. dan kalau suatu hari kami berkawan je pun aku tak kisah. hehe.

Tu jelah ciriteranya, tengoklah apa takdir seterusnya aku dan Mr.Smile pulak..BTW! aku panggil dia Mr.Smile sebab aku suka tengok dia senyum, dia senyum lebar. Senyuman dia tu senyum yang beria-ria, tak nampak fake. hehe..

End with Love!


No comments:

Post a Comment