Baca punya baca, macam-macam kisah, sampailah aku terberhenti pada cerita tentang kemalangan seorang remja lelaki kat Federal Highway bulan 4 hari tu. Aku pun baca lah artikel tu sampai habis. Mangsa kemalangan tu namanya Syahmie Farid Izzat, arwah meninggal sewaktu menunggang "Si Gemok"nya (motor arwah). Habis baca hati terus sentap, nak nangis. Sebab cerita arwah ni sebenarnya mengingatkan aku pada seorang sahabat yang juga menerima nasib yang sama dengan arwah. Tapi kawan/ aku ini pergi dulu sebelum arwah cuma kisah dia hampir sama.
Aku dengan arwah kawan aku tu tidaklah rapat sangat, lebih-lebih lagi kami baru kenal antara satu sama lain dalam 3 bulan macam tu, dia jadi kawan aku sebab kawan atas kawan la ni. kira kawan aku punya kawan. (Faham-faham sendiri je la, malas nak expalin)..hehe. Tapi walaupun kitaorang ni kawan 3 bulan je tapi arwah seorang yang pandai ambik hati, so bila lepak sama-sama tak rasa macam baru kenal pun.
First time kenal arwah waktu tu dia ajak member aku yang kenal dia tu main golf, so that member aku tu pulak ajak aku teman. So, bermula hari tulah kiatorang jadi kawan. Aku reti nak pukul kayu golf ni hasil tunjuk ajar arwahlah. tak ada la reti tu bagus, maksudnya pernahlah merasa, dan tahu la serba sikit tantang golf ye dak? hari pertama kenal tu pun aku dah rasa selesa kawan dengan arawah, ok arwah tua 6 tahun dari aku, so that time tu aku anggap dia abang.
Masa main golf tu... kat damansara
Masa terus berlalu so beberapa kali jugak la kitaorang terus lepak sama-sama, arwah seorang yang baik, dia jenis tak berkira, pandai jaga hati, kalau lepak dengan dia memang akan tersenyum je la. kadang-kadang suka sangat menyakat aku, so sebab tu aku memang anggap dia sebagai abang.
Ok arwah meninggalkan kami sudah hampir nak masuk 3 tahun. Tak silap aku arwah pergi meninggalkan kami pada bulan 7. nak dekat bulan puasa. Sebelum arwah pergi meninggalkan kami, dia ada bagi tahu hajat nak berbuka puasa sama-sama tapi nampaknya hajat tu.........(fikirlah sendiri) aku tak mampu nak cakap.
Pagi hari yang sama sebelum arwah pergi, adalah sahabat baik arwah bagitahu aku arwah pergi berkonvoi ke Perak kot, dan sahabat baik arwah tu tak dapat ikut sekali selalu dia ikut.. so aku ok kan je la. Tup tup petang tu sahabat baik arwah tu pun text aku cakap arwah kemalangan. Ok time tu aku dah sentap dengar, aku tanyalah sahabat baik arwah keadaan arwah, dia kata tak dapat apa berita lagi.
Menurut sahabat baik arwah, arwah meninggal sewaktu perjalanan pulang berkonvoi bersama-sama geng-geng motorbike ke Kuala Lumpur, kemalangan berlaku di Tapah, (tak silap kat Tapah tu memang selalu ada kemalangan ye?), yang paling meruntun jiwa, arwah meninggal dunia sebab arwah patah balik nak tolong orang, waktu tu pun memang dah ada kemalangan, so arwah nak tolong orang yang kemalangan tu la. Dengar kata arwah bawa gak laju apabila berpatah balik, walaupun raka-rakan konvoi yang lain dah nasihat suruh bawak perlahan. Tapi tu la orang kata hidup mati tu kerja Allah SWT, jadi siapalah kita nak menidakkannya.
Hampir maghrib aku menerima mesej dari sahabat baik arwah menyatakan bahawa, arwah disahkan meninggal dunia. Walaupun berkawan dengan arwah baru sahaja menjangkau 3 bulan tapi berita itu buat air mata aku gugur. Dahlah masa arwah meninggal aku tak ada kat Kuala Lumpur. So, aku tak dapat nak menatap wajah arwah untuk kali terakhir.. sob..sob..
Pemergian arwah memang meninggalkan kesan yang cukup besar untuk kami semua, disebabkan kami berkawan dengan orang yang sama. Pada awal pemergian beliau, kami memang tak dapat menerima kenyataan bahawa arwah dah tak ada, bila lepak kami, hanya bayangkan yang arwah tak join sebab arwah busy.
Aku kenali arwah dengan nama Ayien, orangnya kecil tapi cukup berbakat besar. Ramai orang menyayangi arwah kerana kebaikannya. Semoga roh arwah berada bersama-sama orang-orang yang beriman dan tenang di sana.
arwah berbaju Melayu..sorry malas crop
"Ayien kau pergi meninggalkan kan kami, kemudian kau tinggalkan kami pula dengan sahabat-sahabat kau yang lain yang juga baik seperti kau. "
Kini dah nak masuk 3 tahun pemergian arwah, kami semua dah dapat menerimanya dengan hati terbuka. Tapi kau tetap kawan dan abang aku sampai bila-bila Ayien.


No comments:
Post a Comment