Kat sini kami panggil hari sukan tersebut as Temasya Olahraga Tahunan (TOT), boleh dikatakan as a big event la every year kat sini dah 39 tahun occay! Dan event ni dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar sendiri, mereka yang menjadi pegawai kepada event ini akan di interview dulu sebelum diterima. Selalunya kakitangan dorang melebihi 100 lebih orang jugak yang terlibat...
Ok, aku terlibat dah dua kali untuk event ini, last year dan this year.. tapi aku cuma la terlibat sebagai sebahagian daripada pasukan cheers je... untuk pengetahuan korang, pasukan cheers ini antara yang popular waktu TOT ini. Every desa(asrama) akan dibenarkan hantar team, (tp tak semua la hantar).. pasukan sorak ini akan mengeringai dari pagi sampai petang bersorak support atlet-atlet depa...korang bayangkanlah, setiap team hampir 30orang, selalunya team sorak tu seramai hampai 10 team jugaklah, korang dapat bayangkan tak kalau dah kesemuanya bersorak bagai nak gila... ok fine, tu normallah kan dah kata pon pasukan sorak. tapi ada sesetengah team tu aku ibaratkan sebagai syok sendiri.. atlet depa tak ada pun dalam sesetengah cara tapi dok bersorak tak bagi chance langsung kat orang lain, apa jadah! hehe... tapi apa pun tujuan aku masuk sorak bukan sebab nak menang atau nak phsyco-phsyco team lain, cuma nak jerit puas-puas dan lepaskan segala-galanya kat situ.. lepas sorak rasa lega woi! pasukan sorak kami ini tak adalah yang beria-ria pakai skirt apa bagai, sorak yang simple-simple asalkan tujuan sebenar bersorak tu tercapai iaitu nak bagi semangat kepada atlet. pasukan sorak kami kali ini memilih biru as theme..
TOT ini berlangsung selama 2 hari, so far desasiswa aku dah memegang 3 kali berturut-turut untuk kejuaraan pasukan lelaki keseluruhan..termasuklah semalam tu.. Kemenangan semalam cukup berharga untuk desasiswa aku sebab, desasiswa kami ini selalu je ada orang lain yang tak puas hati. Sampai ada yang protes dalam kemenangan kami untuk beberapa acara.. sedih! tapi tu Alhamdulillah akhirnya kejuaraan tetap milik kami! untuk lah aku pernah dengar orang kata yang Juara kalah dulu... so now is, we are the winner.
antara benda lain yang kami menang, mascot paling mesra (redbull) , pasukan pembarisan .. pasukan sorak kami tak mendapat tempat di hati juri, sebenarnya kami pun tak mengharap. kami pun cuma sempoi-sempoi je, tak ada sebarang aksesoris yang kami gunakan cumalah pom-pom je.. ada pasukan lain itu memang beria-ria.. hehe.. tapi apa pun aku memang suka akan konsep pasukan sorak Kuning.. kreatif dan inovatif gituuu... tapi pasukan yang ibarat syok sendiri tu such as pasukan oren, erggg...
apa pun, apa yang aku dapat join event ni, cuma , kita buat event macam ni kan nak mencari bakat-bakat yang terpendam.. bukan lah nak mengejar kemenangan nak kisah siapa kalah siapa menang... rasanya tak patut la kot nak protes-protes bagai.. kita cuma nak enjoy-enjoy, nak mengeratkan silaturrahim, bukannya nak cari pasal antara satu sama lain.. give and take gituuu.. hee..
Lastly, aku memang minat bidang sukan ini, hope one day aku dapat pergi untuk buat laporan berita untuk Olimpik plak... hehe.. Majulah sukan untuk negara!
Sedikit gambar di hari kejadian..
bersama mascot yang mesra dan gagah..hehe
ambik feel sikit
we are USM!



No comments:
Post a Comment