Beberapa hari lepas aku telah mencuba satu benda yang sangat di luar jangkaan.. haha.. Ini semua gara-gara pengaruh Nyna and Myra.
Masa busy-busy preparation dinner untuk Golden Night Communication, aku yang tak terlibat apa-apa ini dok sibuk ikut Nyna, Myra, Piqa and Wanie pergi beli barang-barang untuk dinner tersebutlah, kami decide untuk pergi QueenBay Mall, jalan-jalan cari barang, dan bermulah cerita, kami terlalu depan beberapa gadis-gadis Cina yang cantik tengah separate flyer kepada orang ramai yang lalu lalang dekat situ, Jalan dah agak jauh dari tempat gadis-gadis Cina tu barulah aku baca the flyer, dan tiba-tiba terasa tertarik pula dengan promotion produk tu, sangat murah! (memanglah aku tertarikkan) huhu.. aku pun habaq kat Piqa, Piqa kata dia perasan dah harga promotion tu tapi dia buat tak kisah je lah sebab dia tak interesting.
Sementara tunggu Piqa and Wanie ke toilet, aku pun cakap-cakap dengan Nyna and Myra pasal benda tu, lalu dengan tanpa berfikir barangkali, selepas Piqa dan Wanie meneyelesaikan projek mereka, Nyna terus go back kepada gadis-gadis Cina yang bagi flyer tu untuk tanyakan lebih lanjut tentang promotion tu.
Selepas diterangkan panjang lebar dan cuba-cuba memujuk kami akhirnya kami termasuk juga perangkap gadis-gadis Cina untuk mencuba, pada mulanya kami bersetuju untuk bersetuju dengan promotion yang RM13 aje,
for more detail korang google je website depa
memandang ini adalah penagalaman pertama kami, tapi disebabkan Nyna terlebih diperangkap dengan muka memujuknya mempengaruhi aku dengan Myra untuk jumpa promotion yang RM38 pula.. Disebabkan dan ditimbangkan balik harga tersebut memang berbaloi, maka dan Myra pun mengikut jejak langkah Nyna untuk terima promotion RM38 tu. (terlupa nak ambik gambarnya)
Setelah membuat bayaran semua akhirnya kami pun dan melibatkan diri dengan sesuatu yang diluar perangcangan di mana kami akan ke Slimming Sanctuary untuk mendapatkan rawatan dengan harga promotion RM38 tu.
bersambung di post seterusnya....

No comments:
Post a Comment