Berlegar-legar di kotak fikiran untuk menggarap tentang suatu perkara yang ye perkara yang normal tapi tanpa kita sedar ia luar biasa...
Perkara yang normal tapi luar biasa ini memang dah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat hari ini. Masyarakat sekeliling aku terutamanya! Nauzubillahminzalik! Malah dalam dunia yang kian malap ini.
Tertanya-tanya luar biasa betul manusia hari ini kerana mampu melakukan benda ini! Susahlah aku nak explain kenapa aku rasa ia luar biasa, hahah.
Sebenarnya yang luar biasa tu apabila wujud dan bertambah-tambah konco-konco golongan mereka yang SUKA JAGA KAIN ORANG,SEDANGKAN KAIN SENDIRI TERTINGGAL DEKAT BELAKANG!!! (maaf ter'CAPS LOCK',tertulis guna emosi, maafkan saya). -______________-
Dah lah menyibuk tentang hal orang, kalau meyibuk boleh membantu mana yang kurang tak apalah, ini TIDAK, membantu menyebarkan lagi keburukan orang ada lah, Nauzubillahminzalik.
Sejujurnya, aku memang tidak boleh nak hadap golongan-golongan ini. Tetapi sebaiklah kesabaran aku masih berada pada tahap memuaskan. Semoga tahap kesabaran dan keimanan terus tetap utuh dalam diri ini untuk hadapi mereka yang sebegini rupa.
Ustaz Azhar Idrus ada pesanan boh!:
Ok la kalau dah tak ada benda sangat nak buat, dan hati tu rasa meluap-luap juga nak take care tentang orang lain, apa kata kalau korang ambik air sembahyang, solat dan bertawakal, InsyaAllah perasaan tu akan hilang. Sila cuba ianya sangat mujarab, aku sendiri pun sedang mengaplikasi cara yang sama. Ohhh! bukan nak tunjuk baik tapi sebagai orang yang berstatus mempunyai agama ISLAM ini adalah langkah tebaik. Islam pun melarang kita berbuat perkara maksiat begini, maka apa kata kalau kita mencuba untuk berubah, sekurang-kurang dapat juga pahala mencuba tu ye dak?
#lepas habis baca post ini, nak kutuk-kutuk aku pulak ye? haaa.. copek-copek la pergi ambik wuduk nuh, kawan kat blah kiri dok mencatat nuh! end with love~~




No comments:
Post a Comment