Pada mulanya bercadang nak buat sama-sama baru best.. tapi malangnya, Myra nak balik kampung jadi Myra buat temujanji lebih awal dari kitaorang. So, aku dan Nyna akan buat belah petang.
Selepas Myra selesai buat macam-macam benda aku tanya, semuanya soalan sensitif..hahaha.. Myra kata mula-mula memanglah malu tapi lama-lama akan okay dan rasa best sangat. Lebih-lebih lagi Beautician yang buat treatment tu sangat baik dan selalu cakap "tak apa, jangan malu, saya dah biasa" dengan pelat-pelat Cina depa la..
Maka, tibalah giliran aku dan Nyna pula nak buat treatment tu pukul 2 petang. Aku dah lega sikit lepas dengar Myra cakap macam itu dan lebih-lebih bagi buat berdua. Tup tup.. pergi nak dapatkan treatment tu, Nyna tak boleh buat pulak sebab Nyna sedang berhadas. So that, dengan rasa agak berat hati aku pun buatlah jugak treatment tu sorang-sorang..huhu
Mula-mula staff kat slimming sanctuary tu akan ukur berat dan bagitahu apa masalah yang aku alami, maka menurut staff tersebut aku mengalami metabolisme yang tinggi yang menyebabkan berat badan aku tak ideal dengan tinggi aku, aku kena turunkan 11.5 kg (aku dah tergolong dalam obesiti) untuk dapatkan badan yang ideal, lebih kurang macam tulah penerangan dia, aku tak ambik port sangat sebab aku dok berdebar..hahaha...
Selesai bersama staff yang bagi penerangan tu maka datanglah beautician yang comel dan memerangkap orang yang akan melayan aku sampai tamat sesi treatment. Sangat sopan,lemah lembut dan baik.
Masuk sebuah bilik, aku diminta menukar pakaian dan memakai stuff yang disediakan,
macam ginilah bilik tu
Subhannallah, segan..segan..segan.. lepas itu dia buat ukuran, macam ukuran nak jahit baju tu... dah siap ukuran, berkemban semua, pertama aku akan mandi wap.
ni bilik wap tu
Makkk ai, panas bebenor.. mula-mula memang ok, lepas beberapa minit memang rasa macam nak keluar je.. tapi aku try jugak bertahan. Tempat duduk tu dan dinding memang panas, tapi tak adalah sampai tahap melecur. Tempat duduk tu pun dia dah lapik dengan taula tebal, so okay aje duduk. 20 minit macam tu.
Disebabkan aku pening lepas keluar dari bilik wap itu maka dia suruh aku berehat sekejap dan minum air masak. Lepas dah rasa okay sikit, kami teruskan treatment seterusnya iaitu buat EMS (Electronic Muscle Stimulation).
ini lah EMS tu
lebih kurang mcm ni keadaan
Buat EMS tu bagi aku sangat menggelikan.. terutama bila dia start bagi vibration kat perut.. treatment ini selama 30 minit, dia tinggalkan kita dengan pencahayaan yang suram dan muzik yang lembut, sepatutnya memang boleh lena, tapi disebabkan aku dah terlebih tidur maka aku dok berangan jelah.. hahaha
Selesai tu aku pindah bilik sebelah pula untuk treatment seterusnya adalah Body Contour Cream dan body rapping, lepas sapu cream tu badan kena balut dengan plastic, lepas tu kena baring atas hot blanket, rasanya dalam 30 minit jugak..
cam gini lah hot blanked tu tapi aku tak sarung muka
treatment inilah paling aku rasa agak menyeksa jiwa aku.. bayangkanlah tak boleh bergerak sangat sebab dah di balut.. Panasnya jangan cakaplah.. lepas dh cukup 30 minit tu beautician pun masuk balik dan cakap nak tambah lagi 5 minit tapi aku memang dah tak sanggup nak tanggung azab tu..hahaha..
Selesai jugak akhirnya sesi tersebut aku disuruh mandi... Lebih kurang dua jam jugaklah sesi tersebut. Selesai semua aku pun diajak berborak dan beramah tamah dengan beautician tu, dia bagitahu aku result.. okay dia kata ada penurunan, kalau aku sambung buat rawatan memang akan nampak hasil, aku kata nantilah aku fikirkan.. hehe.Perlukan RM3000 hoi nak buat treatment seterusnya tu.. satu sesi RM300. (nantilah aku kayo)..hehehe
Dalam ramah tamah tu memang terkeluar jugak bakat warwatan aku bila aku pulak dok tanya pasal latar belakang beautician tu, makk ai muda lagi baru 20 tahun, patutlah dok panggil aku kakak kakak kakak.. haha.. dia cakap pulak aku nampak matang macam orang dah bekerja. Pandai ambik hati sungguh...
Apa-apa pun ini adalah pengalaman yang tak dijangka.. Serius nanti kalau aku dah kaya aku memang nak pergi lagi dapatkan rawatan kat Slimming Sanctuary ini..hahaha (berangan!). Terima Kasih Slimming Sanctuary kerana memberi peluang baru untuk saya mencuba..Arigato!
end with love~~




No comments:
Post a Comment